Hari Sabtu lepas makan tengahari kami keluar ke bandar sebab nak beli barang Khilfi yang hilang di asrama.  Kebiasaannya kalau baju hilang selepas beberapa insyaallah akan jumpa semula dalam "blackbox" di tempat jemuran baju.  Tapi kalini memang hilang begitu saja.

Mungkin angkara monyet sebab memang banyak monyet di kawasan sekolah tu.  MOZAC kan lokasinya dia atas bukit jadi memang itulah habitat spesis ini.  Dulu-dulu waktu KakLang & Banchik juga bersekolah di sana sekitar tahun 80-an lagi teruk spesis haiwan yang dorang jumpa.  Ada jumpa bab* hutan, ada musang.  Mujur sekarang hanya ada monyet.

Tracksuit Khilfi yang hilang tu memang ammi jahit nametag di luar poket.  Warna hijau pulak tu nametagnya.  Banyak sungguh baki nametag sekolah rendah jadi kita guna jelah sebaiknya.  Mustahil ada pelajar lain ambil dan pakai sebab sangat obvious kedudukan nametag unless dia ambil inisiatif lebih nak buka jahitan nametag yang ammi memang jahit rapat-rapat.  Jadi abah kata "husnuzon" jelah.  Mungkin memang monyet yang ambil.  

Masa membeli tu tiba-tiba Khilfi kata "ooopsss, abang terlupa.  Abang kena pakai uniform PKBM setiap minggu ke-3".  Ammi macam "mende PKBM tu?"  

Ohhh Persatuan Kadet Bersatu Malaysia.  Baru tau wujud badan uniform macam ni.  Cakap terkejut-terkejut camni.  Dengan wallet abah pun sama-sama terkejut.

Sampai kedai baju tu, ah-so tu tanya PKBM darat ke laut?  Ammi macam oh ada darat or laut lah pulak.  Dan Khilfi "darat kot".  Ehhh ada kot-kot pulak dia.  Ah-so tu kata darat hijau, kalau laut warna blue. Ok baik.


Baju last yang ada sebab ahso tu kata dia tak banyak tempah baju PKBM sebab tak ramai yang pakai.  Ahso tu pun suggest supaya tak payah beli seluar sebab katanya "u pakai itu seluar sekolah saja ah boy.  Itu warna sama, jimat duit".  Baik ahso...saya suka cadangan itu.

Nampak susut sangat dah anak bujang ammi ni.  Kulit pun makin gelap berkilat sebab sibuk main kriket kat sekolah.

Kedai ni memang selalu ammi pergi kalau waktu nak buka sekolah.  Segala macam uniform dan kasut dia ada.  Orang Seremban tau kot deretan kedai-kedai legend di Jalan Lee Sam ni.


(Gambar ehsan Google)

Tapi Khilfi kata lain-lain accessory tak perlu beli.  Baiklah.  Abah yang menurut perintah.