Hari Sabtu lepas makan tengahari kami keluar ke bandar sebab nak beli barang Khilfi yang hilang di asrama. Kebiasaannya kalau baju hilang selepas beberapa insyaallah akan jumpa semula dalam "blackbox" di tempat jemuran baju. Tapi kalini memang hilang begitu saja.
Mungkin angkara monyet sebab memang banyak monyet di kawasan sekolah tu. MOZAC kan lokasinya dia atas bukit jadi memang itulah habitat spesis ini. Dulu-dulu waktu KakLang & Banchik juga bersekolah di sana sekitar tahun 80-an lagi teruk spesis haiwan yang dorang jumpa. Ada jumpa bab* hutan, ada musang. Mujur sekarang hanya ada monyet.
Tracksuit Khilfi yang hilang tu memang ammi jahit nametag di luar poket. Warna hijau pulak tu nametagnya. Banyak sungguh baki nametag sekolah rendah jadi kita guna jelah sebaiknya. Mustahil ada pelajar lain ambil dan pakai sebab sangat obvious kedudukan nametag unless dia ambil inisiatif lebih nak buka jahitan nametag yang ammi memang jahit rapat-rapat. Jadi abah kata "husnuzon" jelah. Mungkin memang monyet yang ambil.
Masa membeli tu tiba-tiba Khilfi kata "ooopsss, abang terlupa. Abang kena pakai uniform PKBM setiap minggu ke-3". Ammi macam "mende PKBM tu?"
Ohhh Persatuan Kadet Bersatu Malaysia. Baru tau wujud badan uniform macam ni. Cakap terkejut-terkejut camni. Dengan wallet abah pun sama-sama terkejut.
Sampai kedai baju tu, ah-so tu tanya PKBM darat ke laut? Ammi macam oh ada darat or laut lah pulak. Dan Khilfi "darat kot". Ehhh ada kot-kot pulak dia. Ah-so tu kata darat hijau, kalau laut warna blue. Ok baik.
13 Comments
Betul, macam² unit beruniform ada skrg ni. Kitorang hari tu pun bila Abang masuk sekolah menengah baru tahu ada Sea Scout unit 😁
ReplyDeletemesti smart kalau dia pakai uniform lengkap tu kak, mmg dah susut dan makin geseng dia tu ammi oi
ReplyDeletehehe.. memang anak anak ni suka buat kejutan yang mengejutkan wallet abah.
ReplyDeleteZaman saya dulu paling best KRS je, sekarang macam-macam dah ada ya
ReplyDeletePeliknya pakaian hilang, monyet yang larikan
ReplyDeletesama la..aku pun gi situ je...senang semua ada
ReplyDeletekalau kat asrama hilang baju tu perkara biasa. dan kalau jumpa balik tu memang luar biasa. Yang peliknya kalau hilang kat ampaian tu. Tak kan lah tak tahu pakaian masing masing.
ReplyDeleteApa lah yang monyet buat dengan baju yang diambilnya tu.
ReplyDeleteBagus aktif sports..cricket x ramai yg join..
ReplyDeletepart wallet terkejut tu cute hahhahh biasa la simptom wallet terkejut esp kalau tgh bln
ReplyDeleteMasa ni la kena ktif Khilfi..kadang- kadang anak- anak ni permintaan bila time kewangan kita tgh utk kecemasan aje kan..heheheh...sama la ngan ank dara seketul tu
ReplyDeleteTertawa saya baca part khilfi pun tak yakin darat or laut , 😅. Tapi memang banyak sangat seragam sekolah anak skr niiih 🤣🤣. Dulu saya sekolah di sekolah khusus oil company, jadi memang seragamnya hanya ada 1 macam, lalu Jumat dan Sabtu kami bebas pakai baju apa saja, yg penting bukan t-shirt. Jadi tak pusing pikir pakaian seragam.
ReplyDeleteSkr nih, ya ampuun ada 4 macam seragam yg dipakai anak2 😂😂. Mahal pulaak. 😅. Memang lah hrs sedia budget khusus untuk hal macam nih.
Apakah sekolah nya dekat alam ya kak, makanya mungkin baju seragam khilfi diambil Mony*t.😅
ReplyDelete