Ahakss...akak terasa.
Ammi pun memang ada masalah mengingat password. Pastu sekarang ni pulak banyak medium yang nak password with at least 1 capital letter, 1 number, 1 symbol. Hek betul.
Jadi nak menyelamatkan keadaan kebanyakkan password adalah sama, semuanya bertulis dan disimpan rapi. Di handphone dan dibuku di office. Bukan password ammi je, password satu keluarga ammi simpan. Sebab ammilah yang create google account dorang, simpan password MOE dorang.
Ammi ni siap pesan kat adik ipar yang sorang tu & Kyra, kalau ammi meninggal buka phone ammi dan pergi ke apps sekian-sekian dan tengok segala password untuk banks, untuk segala-galanyalah. Tapi selagi tak mati takyah gi gatal tangan buka. Kenapa tak pesan kat Abah? Abah buta IT. Sila abaikan abah bila tiba bab-bab IT ni.
Teringat masa tiba-tiba PKP back in 2020. Ammi tak boleh nak recall langsung password untuk kerja-kerja office. Mujur juga rumah boss dekat dengan office jadi ada sekali dia terpaksa masuk office dan carikan buku password tu dan snap untuk ammi.
9 Comments
makcik bagilah buku password tu kat wak., hahaha #gurau2
ReplyDeletebetul... adv tul pw sekarang ni.. jenuh nak ingat.
ReplyDeleteyela byk sgt password nk ingt kan sbb kita yg kena create on behalf haha..mmg bole lupa la tu ...kdg2 bila lama xmasuk opis..cuti or outstation jd tk ingt juga
ReplyDeleteTuhlah..kena ada jugak simpan ni..senang kalau apa apa Berlaku..terpaksa la menulis kat mana mana gak..huhu..
ReplyDeletetula banyak sangat password nk pegang kan... pening jdinya
ReplyDeletesamalah kita. password semua orang kita tukang simpan. sekali adik Mijan conteng buku password, pakej koyak koyakkan... gigih cantum dan salin semula kat buku baru
ReplyDeleteMZ tulis dlm buku khas heheeh
ReplyDeleteSA simpan dalam note kat handphone..segala alamat blogger pun simpan sana..
ReplyDeleteKita samaaaa kak 🤣🤣🤣. Semua tertulis di notes, tapi saya kasih tau ke suami. Jadi biar dia yg urus masalah perbankan dll kalo saya kenapa2. Tak bisa saya hapal semua. Itupun dah bikin pasword mirip2 semua 😅.
ReplyDeleteKalo masih bisa dihack, ntah macam manalah ya cara hacker tuh mendapatkan pasword Orang2 yang dia hack 😅.