Minggu lepas kami ke Nilai nak menghantar si Zaitun untuk first dose vaksin. Ammi tak sabar nak tunggu tarikh dia dimandulkan. Jadualnya 26.11 ni. Harap-harap kau jangan gelojoh sangat ye Zaitun. Ni dia dah sibuk memekak-memekak dalam rumah. Bila dia dah mula berbunyi makanya adalah 2-3 ekor kucing jantan pun sama memekak diluar rumah. Aduiiii tak tenang betul hati seketul ammi ni. Gigih asal keluar je terus tutup pintu takmau bagi dia keluar. Ammi kurung dia dalam sangkar ehhhh dia pandai bukak ok. Kau memang dasar kucing survivorlah Zaitun.
Balik dari klinik di Nilai kami ikut jalan lama ke Seremban sebab nak cari tempat lunch sekali. Doctor suruh tuam dulu nenen Zaitun ni sebab nampak macam bengkak susu. Kata doctor kalau bengkak susu doctor tak boleh nak proceed mandulkan nanti. Seriuslah?
Seronoknya lalu jalan lama ni macam-macam kau jumpa di tepi jalan. Yang tak seronoknya...tiap kali jumpa tiap kali tu rasa nak menyinggah. Banyak juga yang ditepis. Tapi yang satu ni abah tak mampu nak tepis. Kesayangan dia punya request.
Sedari kecil Kyra memang suka kuih bahulu. Kalau kemana-mana nampak ada orang jual bahulu dia memang akan mengendeng-ngendeng minta. Sedap atau tidak...kalau dah namanya bahulu memang sentiasa sedap pada dia.
Dari jauh nampak asap-asap. Dan dia macam.."kalau bahulu kakak nak tau". Tadi kakak nampak ada banner kat tepi jalan tu.
Ye memang ada. Bahulu Sabut Kayu Arang.
Panas kau.
Ada juga jual yang rejek, terlebih masak dan hangit. RM10 satu balang besar tu. Tapi anak dara ni demand. Nak yang baru...makanya kenalah tunggu masak. Tak lama pun masaknya..dalam 5-6 minit je gitu.
"Orang lawa kena makan yang lawa je" katanya. Masalahnya orang lawa jarang kata diri dia lawa.
Belilah yang "lawa" ni...RM12 untuk 20 biji. Sedap, lembut, wangi...yang penting panas-panas lagi.
Boleh repeat lagi lain kali? Boleh sesangat.
9 Comments
Suka kuih bahulu cicah dgn teh panas!
ReplyDeleteBaru tau kucing pun ada masalah bengkak susu. Anak dia taknak menyusu ke macamana?
Mesti wangi kan..teringat dulu dulu masa nak raya Arwah Embah buat, memang mengugat iman hihi
ReplyDeleteSedapnya kuih bahulu tu.... tapi kami jarang ikut labu kalau balik ke Seremban/Linggi.... Kami balik ikut jalan kualiti alam tu i.e. ikut LBJ
ReplyDeletesedap nya bahulu pans2...aroma tgh masak tu plak...sedappp je
ReplyDeletesedapnya kuih bahulu panas...kt sini, selalu beli kat pertama complex..makcik tu masak on the spot..
ReplyDeleteSedap, pekena bahulu yang baru dimasak. Tiba-tiba rasa macam hari raya.
ReplyDeletewah selera mcm org dulu2 si kakak ni suka bahulu..haha..gelak ayat ammi tu org lawa tak ckp dia lawa..kakak macam aunty lah suka ckp diri sendiri lawa..haha..siapa lagi nak puji kalau bukan diri sendiri, yea tak kakak..sep sikit..haha
ReplyDeletedapnya..aku pun suka bahulu panas2 ni..dulu2 kat tesco ada jual..panas2 but bakar dlm oven je la... but now x de dah.
ReplyDeleteaku pun..pantang ikut jalan lama, panjang je leher.. eh eh..jual apa tu... ha ha ha
MZ pun suka laaa kalau baulu panas2 niiiiii
ReplyDelete