Semalam ammi tak kerja.  Lebih kurang 7 lebih ammi whatsapp boss kata ammi tak sihat.

Kisahnya, I had vertigo while sleeping.  Lebih kurang pukul 3 pagi kot.  Tengah tidur ehhhh berpusing segalanya walaupun mata tertutup.  Ammi cuba duduk tapi macam ehhh lagi pening dan rasa nak muntah pun ada.  Bila dah agak ok pusingannya ammi cuba bangun dan ye memang masih berpusing lagi. 

Terus cakap dengan diri...dah kau duduk je diam-diam kat rumah tak yah gi kerja.  Satu hal pulak kalau tergolek kat luar nanti.  Walaupun berat rasa hati sebab ammi cukup tak suka cuti atau MC di hari Isnin.  Tapi bila keadaan memaksa...nak buat macam mana.

Sebelum solat Subuh ammi keluarkanlah apa-apa yang patut untuk sarapan dan bekal anak.  Masa ni dah tak berpusing kepala cuma rasa pening.


Alhamdulillah...lama dah tak siapkan sarapan anak-anak kesekolah.  Allah bagi sakit sebab Allah nak bagi peluang kot.  Guna minced beef Ramly tu je.  Nak lembutkan ayam kang berjanggut pulak.


Lepas anak-anak ke sekolah ammi baringlah kejap.  Plan asal ammi nak ke klinik swasta berdekatan je.  Tapi ammi macam...apa kata kita buat "akaun" kat Klinik Kesihatan kerajaan berhampiran rumah ni.  Dah marilah bersiap.

Masa nak buat pembayaran (sekarang klinik kerajaan tak terima cash uoollls, pakai MyDebit je), petugas tu tanya 

Petugas:  Ni pertama kali datang ke Puan?
Ammi:  Ye pertama kali.
Petugas:  Selalu ke mana?  Atau tak pernah sakit?
Ammi:  Panel je di KL.

Dalam hati macam...eh kau perli ke bergurau ni? 

Cepat jugalah prosesnya.      



Yang lama bila nak ambil ubat...tak lama manalah..dalam 15 minit gitu.  Lebih kurang jam 10 lebih dah settle semua.  

Pastu teringat ada kedai acupuntur tempat makcik ammi selalu pergi untuk masalah lutut dia.  Ammi pun cubalah.


Oh mak...menggelintin ammi masa dia cucuk jarum tu.  Siap tanya "uncle ini jarum recycle ke baru".  Ahaksss..memang soalan nak kena penampaulah kan.  Tapi uncle tu jawab je "mesti baru punya, kalau pakai lagi sekali saya sudah duduk dalam jail".


Masa dia cucuk bawah sikit pada lutut huhuhu...terjongket kaki ammi sebab macam ada rasa electric shock kat situ.  


Disebabkan kapla ada pusing, maka dia cucuk satu di tepi kepala.  

Apa kesannya? Entah...tapi yang kat lutut tu macam lega sikit sebab lutut ammi ni ada rasa mengilu selalu.  Lepas buat ni macam kuranglah ngilu tu.

Harganya RM30 untuk 30 minit.  

Lepas ni mungkin nak cuba lagilah...manalah tau berkesan betul untuk sakit lutut tu.

Kita berusaha Allah yang menyembuhkan.