Hari Sabtu ammi ke Senawang.  Ada majlis Aqiqah cucunda yang ke-5 dan kenduri doa selamat untuk biras dan ayahnya yang nak mengerjakan umrah.  Uihhhh dah 5 dah uolss cucu kita.  Walaupun cucu sedara tapi cuculah juga sebab adik-beradik suami ammi ni rapat antara satu dengan yg lain.  Kadang-kadang ammi pun lupa anak-anak buah tu anak-anak buah belah suami.  Gitulah rapatnya kami.

Makanan dimasak oleh jiran-jiran.  Rewang kalini ammi tak bantu sebab ammi kerja hari Jumaat tu.  Ammi singgah malam je untuk nak makan.  Ahakss...kuang ajau punya adik ipar.  Tapi suami dan anak-anak ammi pergilah tolong apa yang patut.  In fact abah yang buat sup kambing untuk makan malam tu.


Kambing bakar Aqiqah untuk Muhammad Aisy Firdaus.


Kesukaan ammi betul rendang kacang dan pedal tu.  Yang sebelahnya barang "laku keras".


Sambal berlado ubi tu kakak ipar sulung yang masak.  Sodap


Kepala kambing di karikan.  Kita amik kari je...tang kepala biarlah pakar yang selesaikan.  Dan salah sorangnya yang pakar makan kepala adalah suamiku imamku.  


Orang cekodok ni macam dah dapat tender tetap di majlis kenduri kakak ipar ammi ni.  


Rendang pucuk maman.  Terbaik.  Malam Jumaat masa ammi sampai tu ha 14kg kau datang maman yang belum bersiang.  Kejap tu datang jiran-jiran kakak ipar....eh tak sampai 30 minit.  Selesai.


Air balang ni pun sama dapat tender tetap.  Air soda herbs tu jahat wei....bercawan-cawan ammi minum.  


Ginilah tiap kali kenduri...memang kena reserve khas satu meja untuk adik-beradik yang bila dah duduk tak reti-reti nak bangun ni termasuklah yang menulis ni.


Cucunda ke-5 yang diraikan.  Bukan main melentik lagi bulu mata dia.  Dengan rambut perangnya. Handsome biar sampai ke besar tau Aisy...jangan hensem sekerat jalan je macam Daddy kamu.


Ini cucunda ke berapa?  Ke 2 ke atau ke-3 ntah.  Dah kenal orang bukan main belagak lagi ye kamu Iman.

Dah petang, dah selesai mengemas apa yang patut ingatkan nak balik....sekali suami ditarik ke dapur lagi sekali uolls.  Dia kena masak sup tulang kambing pulak.  Ramai yang tak dapat makan sup semalam yang laku keras itu.


Guna tulang kambing dari kambing bakar tu.  Boleh bukak kedai sup kambing lah gini suamiku...banyak demand ni.


Dan malam tu juga biras ammi dan ayahnya bertolak ke airport.  Kapal terbang ke Madinah berlepas pada jam 6.40 pagi waktu tempatan.

Semoga Allah permudahkan segalanya buat Abg Zul dan Atuk (eh kita pun sibuk panggil Atuk padahal level-level pakcik je).  Semoga mendapat umrah yang mabrur, diberi kesihatan yang baik.

Ammi tak hantar ke airport sebab balik dari kenduri di Senawang ammi merewang pulak dirumah sepupu ammi dedekat dengan rumah ammi.  Busy nauuuuu...

Balik rumah timbang...dan terus macam eh kenapa makan banyak tadi.  Ahaksss