Sebagai blogger sendu kadang-kadang ada hari yang ammi ketandusan idea nak tulis apa.  Ada je gambar yang boleh dikongsikan tapi idea nak memulakan penulisan tu tak kesampaian.

Ammi tengok diblog Mummy Ayu dan MyIdeaTerkini ada buat 30 days writing challenge.  Ammi pun terus terasa nak cabar diri sendiri untuk menulis 30 hari berturut-turut.  Walaupun harini dah 3 November tapi tak apa.  Better late than never.  


Personaliti.

Hmmmm ini satu perkara yang ammi rasa susah untuk ammi jelaskan sebab payahnya kita nak judge personaliti sendiri.  Kita mesti akan rasa kita yang terpaling-terpaling tapi pada pandangan orang lain hmmm teruknya perangai kau.


Pemalu bukan sombong
Ammi ni dulu waktu ammi kecil dan muda ammi sejenis yang lambat untuk mulakan komunikasi.  Sebab itu mungkin ammi memilih untuk menulis.  Tapi kalau berjumpa saudara takkan nak menulis pulak atas kertas dan pass pada mereka.  Masa disekolah menengah dulu teringat ada 3 orang junior yang kata "kakak pengawas tu sombong".  Padahal akak tak sombong dik...akak nak pandang muka junior pun akak malu.

Tapi bila usia semakin menginjak "banyak" ammi macam dah boleh mulakan komunikasi.  Dan bila dah mula berkomunikasi dan rasa orang yang itu boleh masuk dengan kita eh malu tu hilang ntah kemana.


Tegas
Ammi ni nampak macam lembut tapi ammi adalah orang yang paling "firm" dalam semua adik-beradik.  Korang lambat bagi kata sepakat biar ammi je yang bagi keputusan.  Walaupun ammi ni hanyalah anak kedua dalam family tapi biasanya keputusan terakhir ammi yang akan buat.  Nak pilih menu pun kadang-kadang saya yang pilih.  Kenapa saya?  Entah kenapa mereka selalu kata "tanya Angahlah...nanti kita bincang dengan Angah".  

Ketegasan ammi bukan hanya dirumah tapi pernah terbawa masa disekolah juga.  Ammi pernah masa di tingkatan 4 ber"tekak" dengan guru kelas arwah adik di tingkatan 1 sebab cikgu tu tak bagi arwah adik ammi ambil mata pelajaran pendidikan Islam.  Dia suruh masuk kelas Pendidikan Moral.  Katanya dalam surat beranak adik ammi bangsa bapa ammi India.  Helloooo memanglah bangsa dia India sebab dia lahir India.  Tapi bapa saya dah masuk Islam.  Eh teringat pulak muka cikgu tu yang penuh berlagak.  Dia siap cakap "talk to me in English".  Hambik segala habuk ammi cakap sambil menggigil-gigil tahan marah.

Dan awal-awal tingkatan 4  tu juga ammi bertegas dengan Guru Hal Ehwal Murid sebab dia paksa semua pelajar Melayu dan India ambil aliran Rumah Tangga.  Diskriminasi diluar batasan dan ammi pun "stand up for the rest of my friends".  Ammi jumpa HEM, ammi jumpa Penolong Kanan dan finally ammi jumpa Guru Besar.  Memang ammi menangis masa tu.  Menangis sebab ammi rasa diperlekehkan.  Dan akhirnya ketegasan ammi mendatangkan hasil.  Kelas Sains Rumah Tangga tu berkubur terus untuk batch ammi.  


Lembut hati
Walaupun kat atas tadi kata tegas, tapi ketahuilah saya ni berhati tisu.  Kucing kau taknak makan pun kau boleh sedih dan menangis.  Ah...teruk betul perangai.


Yang Mudah-Mudah
Ammi orang yang sukakan perkara yang mudah.  Perkara-perkara yang "less is more" gitu.  Bila perkara itu complicated ammi akan rasa macam hmmmm...terus auto tune emosi ammi.  Sebab itu ammi bukanlah 'host' yang baik.  Ammi kalau jadi 'host' sesuatu acara atau majlis yakinlah acara itu akan jadi sesuatu yang boring sebab ammi tak suka benda yang menyusahkan ammi.

Bukan aja nakkan yang mudah untuk aktiviti, nak berpakaian pun ammi memilih untuk yang mudah-mudah.  Ammi tak ada baju yang complicated penuh ruffles sana-sini.  

Teringat dulu masa ammi mula-mula kerja arwah mama tanya "kerja secretary tak payah pakai macam dalam TV tu ke?"...ahakss.  Saya adalah secretary yang "rock" mama.  Ada kawan kerja di office lama panggil ammi "Sheila Rock" sebab katanya secretary yang dulu-dulu semua jenis pakai bling-bling, mekap tebal tapi sampai kat kau macam Ella aku tengok.  Ahaaksss...kentut Ella pun kita tak dapat bang.  Saya cuma jadi diri saya sendiri je.