Harini patutnya cabaran hari 9 untuk menulis tapi ternyata TIADA.  Bukan ammi tiada idea tetapi cabaran itu tidak wujud.  Si "pencabar" terlupa mungkin.

Disebabkan itu dan disebabkan ammi memang terlewat 2 hari masa menyahut cabaran, ammi lanjut je ke cabaran hari ke 10.

Alah....ini satu lagi posting yang mungkin akan buat ammi menangis.  Mungkin ramai yang baca blog ammi tau kawan baik ammi dah tiada.  Terhenti usianya di 42 tahun 6 bulan dan 3 hari.

Kami mula berkenalan di tingkatan satu...tahun 1992.  1993 sewaktu di tingkatan 2 dia mula tinggal di rumah ammi sebab jarak di antara sekolah dan rumahnya sangat jauh.  Memang mamanya agak tak bersetuju pada awalnya tapi ntahlah macam mana semuanya lancar selepas tu.

Ammi ingat ayat arwah aca pada dia "What she gets, you will get".  What she eats, you will eat.  Be good to each other".  Sayang sungguh arwah aca dengan Ina ni.  Memang dah macam anak sendiri dah.  Kadang-kadang aca siap mintak Ina yang buatkan air untuk dia.  Ammi masuk ITM, Ina masih tetap tinggal dirumah dan ada kala dia akan balik rumah mak dia.  Gitulah rutin dia.  

Kami memang kembar...kemana aja berdua.  Kerja lepas SPM bersama, terpisah sekejap masa ammi di ITM dia di KYPJ Johor lepas tu kami bekerja pula di office yang sama lepas grad.  Dan akhirnya ammi bawa haluan bekerja di tempat yang lain pula.


Masa ni arwah dah banyak ambil ubat kimo dan segala ubatlah untuk kansernya.  Dah kembang-kembang mukanya.


Kakak yang ditengah tu dulu masa awal-awal Ina join ammi di office percaya yang suami Ina pernah jadi boyfriend ammi.  Ammi saja je sakat dan kakak tu percaya wei.  Hahahah..gilalah kalau jadi situasi "bekas teman lelakiku suami sahabat baikku".  Ohhh boleh buat gaduh wooo.


Aku rindu ngan ko nok.  Masih ada kawan lain yang baik, yang sudi mendengar, tapi kau tak sama dengan dorang nok.  




Kali terakhir bersua muka, berpeluk, berborak macam tak ada orang lain kat kedai tu.  Ammi panggil dia Naomi Campbell masa ni sebab dia lagi gelap dari ammi.  Kulit dia jadi macam terbakar kesan dari kimo dan ubat-ubat.

Dahlah nak berhenti menaiplah..kabur betul mata ni sampai tak nampak apa yang ditaip.

Hadiahkanlah Al-Fatihah buat sahabat baik ammi ini Julianawati binti Johar Ariffin.