Ammi rindu semua yang telah pergi meninggalkan Ammi. Mama, Aca, Mimi, Ina, Mutica, Acama.. memang semua orang pun rata-rata akan merindui mereka yang sudah tiada sebab tiada cara untuk kita berhubung. Dengan yang masih hidup kita masih boleh hantar mesej, hantar WhatsApp, skodeng-skodeng medsos mereka...tapi yang dah tak ada ni. Camna?
Dalam mimpi pun jarang bertemu.
Boleh tak nak tukar "someone" kepada "something"? Suka hati ammi jelah ek.
I miss my childhood moment. Main dengan kawan-kawan kat depan rumah. Disitulah ammi belajar cakap Tamil sebab Tamil bukanlah bahasa pertuturan keluarga sebelah Aca. Yang elok yang tak elok semua ammi kaut belajar. Standardlah main dengan budak-budak. Tiba-tiba keluar perkataan tak semenggah.
Kawan-kawan sepermainan ammi majoriti lelaki sebab memang rakan yang seusia ammi semua lelaki kecuali jiran sebelah rumah. Tapi jiran perempuan ni kalau mak tiri dia ada dia tak boleh keluar rumah. Dia intai je kitorang main dari jaring tingkap.
Jadi main permainan lelaki tu agak biasa buat ammi dan yang penting bila balik kalau luka-luka kau jangan berani-berani nak nangis depan mama. Nangis depan aca ok lagi sebab aca akan basuh luka tu, letak ubat. Kalau mama, dia mandikan siap gosok lagi pakai berus. Huhuhu.
5 Comments
ammi...samalah kita...zaman kecik2 main ngan bebudak lelaki..main guli, main tarzan2...hahaha
ReplyDeletesis sebab adik-beradik/sepupu sepapat ramai lelaki..sama juga jiran2 kebanyakkan adalah lelaki..main rounders, baling selipar, konda kondi, main guli, panjat pokok rambutan/jambu dan mandi sungai tu biasa...dah besar nasib baik jadi perempuan..hehehehe..
ReplyDeleteKenangan manis ye, zaman kanak-kanak. Zaman tak ada masalah. Main je.
ReplyDeleteseronoknya... zaman kanak2 la yg paling happening sekali kan.. x yah nak pikir apa..main je keja
ReplyDeletemost of us merindukan kehidupan pada masa lalu kan..especially yg indah2, yg manis2....tp hidup duniawi kita ni semakin singkat, tak tahu berapa lama lagi bersisa...
ReplyDelete