Hari ini hari Khamis, 23 November 2023.
Ammi ke pejabat seperti biasa. Banyak kerja perlu diselesaikan hari ini. To do lists dah ammi buat sebelum balik semalam sebab risau lupa. Semakin banyak usia semakin menjadi-jadi pulak masalah lupa ni.
Tiada apa nak diceritakan tentang TODAY. But I have something to share about what happened last TWO DAYs. Samakan sebutan TODAY dan TWO DAY? Ahaks.
Adik despatch kesayangan ada tugasan hari itu. Dia datang sekitar jam 11 dengan tangan yang berisi untuk kakaknya. Alhamdulillah.
“Saya pernah nak bawak akak makan kat situ dulu, tapi akak takut naik motor”, katanya. Dengan suami sendiri yang boleh naik motor peluk-peluk pun kita takut inikan pula nak naik dengan orang yang ga bisa dipeluk. Huhu.
Dia bawakan mihun sup daging. Sedap punya katanya.
Masalahnya sekarang mangkuk mana satu yang muat? Ammi tak pernah guna mangkuk yang ada di office sebab selalu kalau order yang berkuah memang dalam container teruskan.
Mana satu size nak pakai. Ingat nak pakai yang paling besar tapi macam makan pakai besenlah pulak nanti rasanya. Kita guna yang sederhanalah. Harap-harap muat.
Tadaaaa…ngam-ngam soi je.
Dan rasanya iya memang sedap banget. Lebih enak dimakan hangat tapi ammi tak nampak tanda kata mangkuk ni boleh masuk microwave jadi takut pulak nak masukkan. Meletup karang satu hal pulak.
Begitulah kisah TWO DAYS ago yang diceritakan TODAY.
6 Comments
alhamdulillah..murah rezeki.. and semoga dimurahkan rezeki juga to adik despatch tu kan.. aamiin
ReplyDeleteemm..sedap nampak tu
kuah dia nampak pekat...kalau panas sedap ni apa lagi time sejuk-sejuk di luar
ReplyDeletenampak banyak isi nya mehun sup tu kak oi.... bagus adik dispatch sentiasa ada je buah tangan untuk akak
ReplyDeleteAlhamdulillah..rezeki orang memberi kita merasa. Sup sup ni makan panas sodap. Tapi tulah kalau tak ada label jangan berani berani masuk microwave. Kang meletop risau pulak.
ReplyDeletealhamdulillah...adik nie, main ikot suka je nk bawak isteri org naik motor...hahaha...dulu masa single membonceng jugak motor nie...dah lepas2 kawen, behave skit...hahaha
ReplyDeleteterliur la plak tgk gmbr sup tu
ReplyDelete