Ammi nak buat surat kepada Majlis Bandaraya Serembanlah sebab macam hangin je dengan majlis yang kononnya bertaraf BANDARAYA lah sangat ni.

Dalam facebooknya bukan main lagi setiap hari upload kerja-kerja yang telah dibuat dengan kualiti kerja yang sangat hauk sekali dan ada je dan ada yang komen "beraninya letak gambar dengan hasil kerja macam ini".


*****************************************************

Yang Dipertua
MAJLIS BANDARAYA SEREMBAN

Saya telah pada 13.06.2023 mengemukakan satu laporan di dalam sistem SISPAA dan nombor rujukannya adalah XXX.  Ini adalah berkenaan dengan kerosakan teruk longkang di hadapan dan dibelakang kediaman saya di XXX.

Memandangkan tiada maklumbalas daripada pihak MBS, saya telah pada 12.10.2023 menghantar emel kepada pihak majlis dengan menyertakan nombor laporan di SISPAA beserta gambar kerosakan.

Sehingga ke hari ini masih tiada respon dan maklum balas daripada pihak majlis.  

Harap tindakan segera dapat diambil bagi memastikan tiada kejadian tidak diingini berlaku.

Sekian,
Daripada residen di kawasan Majlis Bandaraya Seremban.

*****************************************************

Ok...masih sopan santun bahasa ammi.  

Ammi kan pernah nak repair sendiri masa ammi buat toilet semua tu.  Pastu kontraktor tu kata "Eh abang jangan bazir duit sendiri, ini kerosakan luar rumah bahagian majlis ni bang.  Buat report biar majlis yang baiki.  Kita dah bayar duit cukai".


Rekahan ni berpunca daripada rekahan teruk dibahagian bawah.


Nampak tak ada gap antara longkang dan dinding.  Bukan sikit-sikit punya gap.

Yang longkang di dapur pun gini juga sampai nak parkir kereta kat porch pun jadi takut.  Runtuh pulak nanti.  Yelah kereta bukan sekilo dua beratnya.