Image ke 11 dalam phone.  Jadi ammi anggap image 11 terakhir dalam phone lah kot.



Gambar 11 terakhir dalam album di phone.  Gambar kelas anak bongsu ammi.

Ammi tanya dia "kenapa awak dengan budak perempuan tu je pakai jaket hijau?".

Jawabnya "sebab Alip ketua kelas so Alip ni kapten kelas cikgu kata".   Oh begitu.  

Baguslah bila anak-anak dipilih untuk memimpin sebab masa ammi diusia mereka ammi tak ada sifat kepimpinan langsung.  Ammi agak merendah diri dan jarang nak kedepan kecuali waktu sukan.  

Yang si dia ni masa ammi ambil report card, cikgu kata "walaupun dia murid baru tapi dari hari pertama saya nampak keyakinan dia.  Agak outstanding dalam kelas berbanding murid lain, agak cepat buat kerja sebab saya kata siapa siap cepat boleh main di belakang".

Ohhhh cikgu ni pun.  Gitulah  bila cikgu kelasnya cikgu lelaki..sempoi je.