Bercerita tentang sekolah. Ammi tak banyak berpindah sekolah.
Mula ke sekolah tadika pada usia 5 tahun. Belajar setahun dapat sijil menghadiri tadika lepas tu masa 6 tahun pergi 2-3 minggu dan kemudian ammi menangis tak nak pergi dah. Sebab? Boring weiiii kena belajar ABC nyanyi-nyanyi balik. Dulu-dulu modul belajar bukan macam sekarang. Sekarang kelas 4 tahun belajar lain, 5 tahun belajar lain. Dulu selagi kau tak masuk darjah 1 kau nyanyi jelah ABC setiap hari, kiralah 123 tu ulang-ulang. Sister bajet sister dah pandai...ahaks.
Masuk darjah 1 hingga 6 disini. Disini jugalah ammi berkenalan dengan Mummy Ayu masa darjah 4 kot. Dari muda sampai ke tua kena hadap muka Mummy Ayu nampak gayanya.
Haritu masa pindah semula ke Seremban, niat asal nak masukkan Ozil ke sekolah ni konon-konon nak sambung legasi tapi memikirkan jarak (walaupun cuma lebih kurang 10-15 minit dari rumah) tapi kalau naik kereta di pagi hari mau makan masa 40 minit. Sudahnya kamu sekolah je lah yang paling hampir dengan rumah.
Tingkatan 1 hingga 5 ammi bersekolah di sini. Sekolah ini satu masa dulu memang sekolah paling dicop JAHAT dan NAKAL di Seremban. Asal ada je budak kena buang, ke sekolah inilah mereka datang dan diterima oleh Pengetua. Lama-lama dah jadi macam tempat pembuangan SAMPAH pulak. Kes...macam-macam ada, pilih je nak yang macam mana.
Tapi ammi ingat aca cakap "no matter where you go, if you love Aca & Mama you will never do bad things. Mix around with decent friends". Lebih kurang gitulah ayatnya. Berkat ayat Aca tu ammi memang Alhamdulillah lulus daripada terjebak dengan perkara-perkara yang tidak diingini. Good girl sangat masa sekolah. Ahakss. Siapa nak puji diri sendiri kan.
Tahun bila ammi pun tak tahu (selepas ammi tamat tingkatan 5), pengetua baru cuba untuk re-brand sekolah ni kaw-kaw dan sekolah ini dinamakan Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Mewah sehingga sekarang. Dan pencapaian akademik pun semakin membanggakan.
Teringat juga pada ibu kepada seorang kawan ni....katanya pada arwah mama "kenapa sekolahkan anak dekat Sekolah Henry Gurney Ke-3 tu". Takpe makcik...result SPM saya jauh lebih baik dari result SPM anak makcik. Ahaks.
Kemudian May 1997 ammi dapat masuk ke Institut Teknologi Mara, ambil jurusan Diploma Kesetiausahaan Eksekutif. Motif betul pilih jurusan ni dulu. Tetiba dapat. Teringat ammi bertekak dengan arwah aca. Ammi kata "I'm not going, I'm not going to wear short skirts". Mentaliti kolot seorang Sharmila padahal kau gedik gi pilih course ni buat apa? Tapi sebagai anak yang baik saya dengar cakap ayah saya. Baikkan saya?
7 semester keseluruhannya termasuk semester pertama kena belajar English semata selama 6 bulan. Kau tak lepas exam English ni kira kau tak payah mimpilah nak masuk first sem.
Gedebuk gedebang...merasalah pertukaran dari ITM ke Universiti Teknologi Mara. Tapi macam dah terbiasa bila sebut mesti nak sebut kita budak ITM.
Tahun 2001 ammi sambung pulak buat degree secara Pengajian Luar Kampus (PLK). Masuk Fakulti Undang-Undang masa mula-mula sebab course ammi adalah Ijazah Sarjana Pentadbiran Korporat yang berada dibawah FUU. Lepas tu setahun dua belajar, berpecah pulak fakulti undang-undang dan pengajian polisi. Jadi untuk course ammi ditempatkan di Fakulti Sains Pentadbiran & Pengajian Polisi.
Nak sambung belajar lagi?
Saya sambung belajar mengaji jelah sekarang ni plus belajar memasak. Ahaks. Kita belajar menyebut dengan makhraj yang betul terutamanya huruf ini..
Menyembur-nyembur air liur nak menyebut.
5 Comments
oo ammi ada basic law jugak tuuuu!! boleh masuk geng dgn MZ ;)
ReplyDeleteHahahahah huruf Hijaiyah satu tuh memang susah sangat nak ucap 🤣🤣. Belibet lidah dibuat.
ReplyDeleteSaya pun kalo ada kesempatan nak belajar lagi, rasanya pengen kursus masak saja. Biar makin pandai memasak hahahaha. Skill masak mama saya, tak menurun pula ke saya. 😂
kan... dr sekolah rendah sampai ke tua la kita kan...ahaks....
ReplyDeletewah..budak secretary, glamoue kat itm dulu kan..budak class aku suka la...
and now betul, kita still belajar & it never stop
nieyl pun sama juga, dah xde rasa nak sambung lagiii...cuma kalau nak belajar skrg lebih kepada nak masuk class mengaji...
ReplyDeleteWahh Sis pun bekas student UiTM juga ka? Samalah kita yer 😀😁
ReplyDelete