Arghhhh hari ke-5 ni minta ammi nangis ke apa?

Alhamdulillah 44 tahun lepas pada tanggal hari kemerdekaan jam 1.15 petang ammi dilahirkan hasil perkongsian hidup pasangan yang pernikahan mereka tidak direstui pada awalnya.  Siapa je yang nak izinkan anaknya menukar agama? Siapa je yang nak izinkan adiknya menikahi lelaki yang entah siapa-siapa.

Tapi itu hanya sementara, bila Along lahir ditahun 1975.  Dua keluarga mula menerima walaupun tidak sepenuhnya.  Begitulah, anak memang bawa rezeki dalam macam-macam cara.

Syukurlah lahir dalam keluarga yang latar belakang parents totally berbeza dari pelbagai segi.

Kami tak berapa kalut bila tiba hari Raya sebab tak kalut nak raya rumah siapa.  Time Raya we go to mama's siblings house...time Deepavali we go to Aca's sister's house.  Ha gitu.  Jangan gaduh-gaduh.

I was raised by a chill father and a "not so-cool" mama. Sebab tu masa kecil kalau orang tanya, naik ikut Aca or Mama I will definitely choose Aca.  Mama garang oooiii.   

Aca orang yang sangat-sangat pembersih dan agak cerewet.  Dalam adik beradik ammi rasa yang paling terikut perangai ni adalah adik lelaki ammi.  Bini dia pun pening laki asyik pegang penyapu je kat dalam rumah.  Siap bini dia buat status "isteri vacuum rumah 15 minit, suami vacuum rumah 2 jam".  Ahaksss

Aca orang yang rajin membaca dan ok...yang ini saya ambil sikit (sikit je).  Dan aca juga orang yang berseni (yang ini confirm along dapat).  Aca boleh melukis dan boleh bertukang dengan baik.  



Malas ammi nak naik loteng keluarkan album lama...kita recycle balik gambar yang dah 20kali keluar dalam blog ni.  Ammi ni cuma sempat bersama aca selama 20 tahun je.  20 tahun yang manis pada ammi.  Tak banyak gambar bersama aca sebab kami tiada kamera waktu itu.


Mama pula, kalau aca chill and cool.  Mama berbeza.  Garang nak mampus masa kitorang kecil.  Tapi bila anak-anak besar, ehhhh garang tu hilang entah kemana.  Kita boleh bergurau senda dengan mama.  

Mama lebih pandai bergaul dengan orang daripada aca.  Mama ramai kawan-kawan.  Pergi kemana sekalipun confirm dia ada kawan yang boleh dibuat berborak walaupun baru jumpa 5 minit.  Yang ini confirm along yang dapat.  

Mama tidak kisah kalau dia cuma tidur 3 jam sehari demi untuk anak-anak.  Masa ammi dan along dalam pantang, kitorang boleh tidur mati tak dengar anak menangis sebab yak-yak atau kencing sebab awal-awal mama dah bawak cucu dia keluar bilik sebab taknak anak perempuan dia terjaga.  Ehhhh...sapa yang beranak ni?  Waktu cucu betul-betul lapar baru mama kejutkan anak dia suruh susukan.

Mama orang yang penyedih macam ammi.  Sebelum bercerita dah nangis dulu.  Penyedih sampai tahap kesian kat orang berlebih-lebihan yang akhirnya menyusahkan diri. 


Walaupun masa ammi kecil mama bukanlah figura yang ammi suka...tapi bila dah besar inilah figura yang menjadi pujaan.  Sikit2 kita akan cari mama, mama masuk jamban pun kita sibuk panggil tanya itu ini.

Gitulah aturan Allah.  Allah jadikan pasangan untuk saling lengkap melengkapi.

Ada ayah yang gelap + mama yang sawo matang jadilah ammi si Nutella kurang manis.

Ada ayah yang senyap + mama yang garang jadilah ammi yang dapat dua-duanya.

Semoga kedua orang tuaku ditempatkan disebaik-baik tempat.

*******************************