Oppsss...tajuk kau.
Maaf pada pengusaha jenama Zaitun. Nama jenama awak sama pulak dengan nama kucing saya. Kilang Zaitun yang real masih wujud guys. Silalah support produk keluaran Bumiputera.
Ini nak cerita tentang Zaitun si kucing kami. Dua minggu sudah dia kembali buat perangai. Mentang-mentang dah habis pantang..tapi belum pun usia anak dia 2 bulan sebenarnya. Dia dah mula memekak-mekak dalam rumah. Dikuis-kuisnya tingkap nak keluar. Geram betul.
Pernah nak vaksin dia masa dia awal melahirkan tapi doctor kata tak boleh sebab dia masih menyusu. Nanti effect pada anak dia. Bila ammi tengok anaknya dah aktif makan ammi pun pergilah ke klinik untuk dapatkan 1st dose vaksin dan terus set appointment untuk mandul pada 26.11.2023. Inilah earliest date yang ada. Ammi macam aduhaiii lamanya lagi.
Ada sekali tu kita buka pintu dia laju je keluar dan agaknya disebabkan dia keluarkan suara maka ada 2-3 ekor kucing jantan dah standby tunggu. Abah halau kucing-kucing jantan tu dorang gila kental ok. Tak takut langsung. Dan esoknya ammi balik kerja abah kata "abislah awak dapat anak lagi nanti, sehari suntuk si Zaitun ni honeymoon kat luar". Malam tu abah tak bagi dia masuk sebab risau dia bawak masuk kutu pulak nanti. Abah kata kat dia "ha tadi abah panggil buat tak tau je, kau duduk je kat luar malam ni. Biar rasa tak dapat jumpa anak". Hahahha macam bapak tiri pulak gayanya.
Tup-tup hari Jumaat 17.11.2023 dapat panggilan dari klinik kata esoknya ada 1 kekosongan sebab ada yang tarik diri. Ohhhh ammi terus onzzz. Tapi kena datang sebelum pukul 8 pagi. Onzzzz juga. Inilah klinik haiwan yang selalu ammi pergi..Klinik Veterinar Dr. Hawa di Nilai. Harga dia murah je. Tu yang sanggup ke Nilai dari Seremban.
6 Comments
amboii nama Zaitun dan si Aswad tu pulak mungkinkah betina? hehee
ReplyDeleteSelamatlah zaitun tutup kilang
ReplyDeletekalu betina memang krna. tutup kilang le kan
ReplyDeletekalu x bertambah cucu2 he hehe
comel. aswad
aswad kena tukar asmida la gayanya tu...hehe
ReplyDeleteMZ kagum lah dgn semua owner2 kucing yg sgt komited bela pets ni...termasuklah my kakak dan my anak sedara..memang bela kucing byk jugak laaa
ReplyDeleteHahahahaha, ganti jadi aswadiah kak, biar agak cewek dikit 😅😄.
ReplyDeleteLegaaaa kalau kucing2 nih dah steril kan. Tak payah pikir dia hamil lagi. Saya pun dulu sempat kuatir kucing saya hamil pas belum steril. Akhirnya cepat2 lah appointment, sterilkan semua. Biar tak bising dekat rumah. Skr, jadi membesar setelah steril 🤣