Pagi tadi pukul 7.20 pagi baru Ammi naik bus dari Seremban ke KL. Punyalah liat nak bangun macam biasa. Ammi cakap ngan Abah ammi nak keluar rumah sekali dengan anak-anak gi sekolah je. Sempatlah ammi buatkan egg wrap and burger untuk anak-anak. Arghhh lama betul tak buatkan sarapan untuk anak-anak sebelum ke sekolah.
Selepas peak hours bus ke KL memang dia gerak on time rasanya ni walaupun tak penuh. Kalau awal pagi selagi tak penuh selagi tu tak jalan. Tapi bus dari Seremban ke KL kalau awal pagi dari Isnin ke Jumaat mana pernah tak penuh. So memang cun-cun je bus tu gerak pukul 7.20 ikut macam kat dalam tiket.
Dalam bus sebab dah terang benderang ammi memang tak boleh nak lelap mata macam biasa. Layan jelah TikTok kat dalam bus. Pepagi dah nangis-nangis tengok video di bumi para anbiya. Turunkanlah tentera-tenteraMu Ya Allah.
Ingatkan ammi ni bakal lambat sampai office. Sekali ehhhhh...pukul 8.28 pagi dah sampai CM. Ramai yang ambil cuti kot sempena cuti panjang ni. Memandangkan selalu tak merasa beli nasi lemak tempat turun bus tu makanya harini walaupun tak lapar tapi ammi beli jelah.
7 Comments
jauh tu dok seremban tp keja KL. syabas kerana mampu berulang-alik setiap hari...
ReplyDeletePuas hati dapat makan nasi lemak yang sedap.
ReplyDeletewaaa jauhnya ammi bekerja ie in terms of jln berliku2 tu....tabik laaa!! tempt keje MZ 15 minit jer MZ drive dari rumah ke uia.. alhamdulillah :)
ReplyDeleteJadi lemak di sana memang lah sedap semua 😄👍. Selalu saya puas2 kan makan nasi lemak tiap kali liburan Malaysia 😄
ReplyDeleteSedap tengok nasi lemak. Lama tak makan.
ReplyDeleteJauh Ammi berulang, dari Seremban ke KL, kerja. Dengar XPDC, tu...
Salute dgn Ammi, nak gi kerja pun smpt buat sarapan 👍
ReplyDeleteDasyatnya akk kerja jauh tuuu...Moga segalanya dipermudahkan
ReplyDelete