Jumaat lepas Abah ada banyak agenda diluar rumah dan tak sempat nak masak.  Bukan tak sempatlah tapi sampai rumah petang tu macam penat dan dah hilang mood nak masak dia.  

Abah kata "jom kita makan kedai kuetiau yang awak cakap tu". 


Eh pecah-pecah pulak gambarnya bila ammi resize.  Kami ke Dapo Omak Den di Paroi Jaya di 3P, Pusat Perniagaan Paroi, Seremban.

Taglinenya "Tak sodap koba an kek den, sodap koba an kek kawan".  Si Ozil punyalah beriya belajar menyebut..ammi patut record cara dia sebut.  Pelat betul...macam lahir kat Rusia bunyinya.

Sedap atau tidak kita tak tahu sebab review di TikTok yang biasanya kata padulah, mantaplah kadang-kadang bukan boleh pakai sangat pun.  Tapi bila orang yang review tunjuk gambar kuetiau goreng tu ammi terus macam ok nak cuba kat sini sebab lama dah tak jumpa kuetiau chinese style yang gini.  Rindu pulak rasa kuetiau di Damansara Uptown dedulu.


Harga-harga yang insyaallah mampu


Ozil nak set siakap isi tapi tak ada menu tu malam yang kami datang.




Ammi order kuetiau goreng seafood.  Ok sedap ditekak ammi walaupun tak sampai lagi level kesedapan di Uptown.  Tapi lebih baik ada dari tiada.  


Eh tiba-tiba air yang kluar dulu.  Ok duduk jelah sini.  Malas nak alih.  Ammi punya yang paling kanan tu.. Lemon Laici Pudina.  Sedap tapi ammi rasa lebih sedap kalau tak manis.  Lebih refreshing.

Lepas minum tu terus terasa cuaca sejuk sebab angin boleh tahan gak kuat malam tu.  Pulak tu kitorang duduk kat open space.  Menggigil-gigil si Ozil masa makan.


Abah punya mee kari.  Sedap


Tak ada set siakap, Ozil order nasi ayam kunyit ke apa.  Selambak nasinya.


Nasi goreng tomyam Kyra..hmmm biasa-biasa je ni pada tekak ammi.  Ke sebab ammi tak suka nasi goreng tomyam ntahlah.

Tapi kesimpulannya boleh repeatlah kedai ni.  Lepas ni ammi nak cuba bubur berlauk pulak.  Kalau sedap makanya sedaplah.  I penggemar bubur nasi jadi don't kelentong me ok.

Masuk je kereta tak sempat keluar simpang hujan turun lebat.  Selamat kami. Memang takde sign, angin kencang takde renyai ...terus lebat je.