Hari Isnin lepas 13.11.2023 cuti sempena Deepavali. Tengahari ammi masak nasi beriyani ayam. Silalah cakap "woooooowwwwww hebatnya kamu". Ini percubaan pertama ammi dan Alhamdulillah menjadi. Tu pun puas tengok video kat Tiktok.
Malam walaupun nasi beriani masih berbaki tapi tekak nak makan ikan bakar. Ammi suka ke kedai ni dulu...masa tu lokasi dia di kawasan kampung di Pantai. Sekarang dah berpindah sebab lokasi lama selalu banjir. Masa kat lokasi lama tu dorang memang ada kolam ikan talapia. Bila orang order baru dia tangkap dan terus siang. Freshlah.
Di lokasi baru ammi tak tau masih ada ke kolam or aquarium yang ada ikan sebab tak nampak dari luar.
Kyra punya kuetiau kungfu. Nampak sedap dan memang sedap.
Abah punya mihun sup pedas...sedap juga.
Ammi ordered Grilled Chicken. Yang sampai ni grilled ke burnt ntah. Malas nak cakap banyak sebab lama juga menunggu makanya ammi makan je walaupun lelangit ammi tengah luka melecet sebab banyak nau makan keropok ikan petang tadi.
Khilfi dan Ozil?
Ozil order nasi bujang sebab dia nak makan dengan ikan bakar. Khilfi pulak nak nasi kandar. Apa hal order nasi kandar kat kedai jual ikan bakar? Tapi dia insist nak jugak kita order jelah.
Order submitted pukul 8.12pm. Ikan bakar sampai lebih kurang jam 9 malam. Gambar pun dah tak berselera nak ambil. Order anak-anak bujang?
Masa dapat ikan tu ammi dah tanya...waiter pergi check dan katanya juadah nasi dimasak di dapur lain. Dan ada 2 lagi queue. Ok baik. Selang 15 minit..abah tanya lagi dan ehhhh masih ada lagi 2 queue. Korang masak betul ke main masak-masak kat dapur tu?
Kalau kata nasi kandar tu lama...ok fine. Tapi nasi bujang? Sekadar nasi kosong, telur dadar dan sup kosong. Mendenya nak berqueue bagai.
So, suruh je anak-anak ratah ikan tu bagi habis sebab confirm dia lapar kan. Dah selesai meratah pun tak sampai lagi nasinya. Memang mendatangkan angin taufan abahlah. Ammi keluar cepat sebab kalau taufan ammi lagi dasyat. Biar abah je settle. Abah punya angin taufan ada maaf sikit.
1 jam 20 minit untuk tunggu nasi bujang memang melampau kan? Ke ammi yang tak menyabar? Korang jangan macam-macam kata ammi tak menyabar ye. Hahhahah dah tanya pastu paksa pulak orang backing kita.
Kesimpulannya...nak pergi lagi ke tidak? Entah. Kita kasi reda dululah kemarahan ni. Sila ubah dulu apa yang patut diubah ye tuan kedai D'Pantai.
12 Comments
fuhh MZ baca pun rasa menyirap ni...MZ jenis kurang kesabaran bab2 menunggu...terus MZ blacklist lah kedai gini hahahhahah
ReplyDeleteadoiii kalau kita pun ghase nak melenting.. perut dah lapar, bkn ssh sangat pun nasi tu.. tapi ye la kadang kena sabar tahap dewa ni hahaha syabas ammi
ReplyDeleteTu pun sbb budak2 ni ammi sogokkan dengan hp ammi jadi takdelah dorang heboh mana nasi mana nasi
DeleteTeruk nau..mintak nasi bujang pon lambat, ramai sangat ke orang order situ?
ReplyDeleteRamailah juga…ada dua lot kedainya dan almost full masa tu
DeleteLer nasi bujang lama benor tgu...mmg angin la kan... Grill chicken tu burnt
ReplyDeleteKan…susah nau nak cedok nasi letak sup
DeleteSejam setengah tunggu nasi bujang biar betul... Nasi kandar pun ada tu pelik . .. Ramai sgt ke pelanggan dia.. Tak patut betul.. Kalu kita angkat kaki bayar apa atas meja je
ReplyDeletePelanggan mmg ramai…meja yg sampai kemudian dh sampai set nasi dorang. Tu yg hangin ti
Deletejangan tanya saya... sebab kalau saya memang tak penyabar langsung.
ReplyDeleteHaha…ok saiya tamau tanya awwa
Deletesatu jam menunggu memang sangat lama tu
ReplyDelete