Ahad 29.10.2023 kami ke Melaka hantar Khilfi balik ke asrama. Mula-mula ammi macam malas nak ikut tapi eh malas pulak nak masak. Kalau tak masak nak makan apa pulak nanti. Jadi sebab malas masak jadi jomlah ikut sekali.
Lebih kurang 11 lebih kami dah gerak. Terus ke Melaka Sentral dulu sebab Khilfi kata dia plan nak balik naik bus masa Deepavali dengan kawan dia yang juga duduk di Seremban. Ammi agak keberatan mulanya tapi lepas ammi berwhatsapp dengan mak kawannya tu ammi macam ok. Kita cuba lepaskan anak kita.
So, sebagai mak yang gelabah lebih ni kita pun pergilah ke terminal bus dulu. Bagi gambaran kat anak yang tak pernah naik bus ni. Ammi ke kaunter tiket bus, tanya itu ini. Tunjuk kat dia platform. Dah settle semua marilah kita cari tempat nak makan.
Selesai makan dan solat semua hantarlah anak bujang ni kembali ke sarangnya. Ammi suruh dia bawa handphone sebab nanti ammi akan beli tiket online dan whatsapp ke dia. Hari nak balik nanti dia cuma scan je QR code tu kat terminal bus. Disebabkan dia bawa phone makan phone perlulah ditinggalkan dibilik warden.
Sehari sebelum balik boleh ambil phone dari pejabat Warden. Silalah charge phone tu dan jangan gatal-gatal nak on phone pulak. Ammi siap cakap dengan dia "abang kena jujur, sebab abang AJK surau. Orang surau tak buat perangai tak semenggah".
Ammi perlu deal dengan guru/warden yang uruskan bus dari MOZAC ke Melaka Sentral pula. Alhamdulillah, sekejap je ustazah tu respond dah bolehlah Khilfi serta kawan dia yang sorang lagi tu sama-sama naik bus ke terminal. Ustazah tu pun minta ammi tolong belikan tiket untuk sorang lagi pelajar senior yang turut sama nak balik Seremban.
Lagi bertambah lega hati ammi sebab at least ada abang senior yang dah biasa balik naik bus boleh tolong tunjuk ajar kat adik-adik ni.
Masa ammi nak buat online booking tiket tu pulak...aisehman. Kaunter tu kata tiket bus boleh dibeli mulai 1/11/2023, tapi awal-awal lagi tiket bus yang waktunya cun tu dah habis semua. Ammi fikir kalau naik bus pukul 3.30 petang at least anak-anak sempat makan tengahari, sempat solat bagai. Tapi hampa. Ada tiket yang lebih awal je. Discuss dengan ustazah tu katanya isnyaallah sempat sampai terminal sebab jarak dari sekolah ke terminal cuma lebih kurang 7km. Yang merisaukan adalah masalah traffic jam dan traffic lights je.
Perlu ada nama penuh dan nombor kad pengenalan penumpang masa nak buat pembelian tiket online ni.
Kita tawakkal dan beli jelah. Alhamdulillah. Selesai urusan membeli tiket untuk ketiga-tiga anak. Ammi minta ustazah tu jelah yang printkan boarding pass anak-anak ni supaya memudahkan kerja nanti.
Semoga dipermudahkan urusan Khilfi dan kawan-kawannya nanti. Selagi belum hari kejadian, selagi tu lah hati ammi ni dup dap dup dap.
12 Comments
First time kan, debornya lebih...
ReplyDeleteLepas² ni senang dah la kalau boleh balik sendiri...
Berani la juga tu...
ReplyDeletenieyl umur dah 35 pun x penah lagi naik bas sorang2 hehehehe
Sebelum ni terbaca blog ibu yang risau nak lepaskan anak pergi outing dengan member dia, kali ni terbaca kisah ammi pulak. Kita sekarang tengah tunggu anak nak me dengan member macamma pulak nanti huhu
ReplyDeletesejuk hati baca cerita mak2 zaman skang kan, semua nk pastikan yg terbaik utk anak2..mak ayah kita dulu2 pun sama jugak, cuma nya..mmg dari tingktan 1 berdikari sendri..pegi balik asrama naik public transpot...tp tu lah, org kata zaman dulu takde org jahat byk sgt..zaman skang, jiran sebelah pun tetiba turn out org jahat...Allahuakbar...mmg tawakal je lah nk ke mana pun
ReplyDeleteJangan risau berlebihan. Semuanya akan baik2 sahaja.
ReplyDeletefirst time kan...memang debor
ReplyDeleteiyer...sama la ngan aku pun.. 1st tu memang akan nervous lain mcm sikit. sindrom2 mak mak
ReplyDeleteAnak bujang tak pe...biarlah berdikari nanti dah pandai , kerja kita sebagai ibu bapa lebih mudah
ReplyDeleteKhilfi..nanti jangan lupa share live location...biar Ammi nampak sokmo Khilfi dah sampai mana..
ReplyDeleteSaya anak yang dah dewasa pun kalau naik bas kena share live location...Kalau tak ..kejap-kejap saya callðŸ¤
Alhamdulilla.. Semoga anak-anak ini sentiasa dalam perlindungan Allah..
ReplyDeletehehe..dup dap dup dap..mak debor lebih..insyaallah fikir yang elok2 je, ammi..moga hari kejadian, berjalan lancar perjalanan khilfi & kawan2 dia tu..
ReplyDeleteFeel you kak. Awal2 melepas mereka nih pastilah dag dig dug kan 😄. Saya pun blm berani lepas anak2 Krn mereka juga masih kecil lagi. Tapi nanti pasti ada waktunya utk melepas mereka begini.
ReplyDeleteTapi dulu saat di usia mereka, saya sendiri selalu happy kalo bisa pergi sendiri 😂. Jadi bagi anak2, mungkin mereka pun rasa excited