Nescafe Latte 2 in 1

 Ammi di office haritu, tengah borak-borak dengan boss dan tiba-tiba dapat panggilan telephone.  

Dia nak hantar barang di rumah tapi tak ada orang dirumah.  Setahu ammi, barang yang ammi order semua dah sampai.  Dah hujung-hujung bulan memang dah kuranglah aktiviti membeli ni.  Bila tanya dari mana katanya dari "...alah lama nau peram cerita lupa pulak dari mana".  

Bos dengar nama syarikat tu terus dia google dan dari tempat duduknya dia cakap "its a courier company".  Dan ammi pun macam "kalau saya tak perlu bayar apa-apa tinggal jelah kat meja depan porch tu".

Balik kerja ammi tengok ala ringan je parcelnya.  Tengok nama memang tak familiar langsung.  Bila buka ohhhh sample unit rupanya.



Ada 2 sachets in this box.


Ammi dah cuba Choco Hazelnut Iced Latte...

Kena bancuh dengan susulah...tapi hmmm bukan selera ammi.  Rasa yang manis...ammi peminum kopi yang kena ada rasa pahit dan rasa kopi yang kuat.  Kalau rasa susu melebihi rasa kopi ammi akan jadi muak dan mual.  Tapi bila baca semula...dah namanya Choco Sharmila...choco.  Kau patut bagi Kyra yang rasa sebenarnya.

Masih belum mencuba salted caramel ice latte...tapi macam dah boleh agak rasanya macam mana.  Nantilah duduklah dulu sachet itu bersama sachet-sachet yang lain.  Bila betul2 terasa nak kopi yang manis baru saya bancuh awak ye.

Dan yang terkini saya sedang dalam proses menghentikan pembelian produk dari jenama-jenama yang secara terang-terangan memberi sokongan kepada kekejaman yang berlaku terhadap saudara kita di Palestine.

Terima kasih kerana beri saya tester pack ini.

Post a Comment

11 Comments

  1. Betul.... pahit2 barulah kopi kan?

    ReplyDelete
  2. MZ now pun cuba setakat boleh utk stop beli those brands...

    ReplyDelete
  3. Sy pun dah lama berhenti ambil jenama ni. Sekarang minum kopi o uncang jer

    ReplyDelete
  4. 3 in 1 majoriti nya manis...
    sama..aku pun. kasi sokongan mana yg termampu kannnn

    ReplyDelete
  5. SA kat opis mmg banyak nescafe...x kan nak buang kan..dah diorang beli stock nescafe..

    ReplyDelete
  6. Kalau kopi kurang rasa kopi, saya pun tak minat sangat tapi kalau kasi free sampel..saya minum saja hahaha

    ReplyDelete
  7. emm..last2 bncuh sendri je ammi...yg instant nie mmg x boleh g sgt...

    ReplyDelete
  8. Dia tak latte sangat pun.. kikiki.. nama je latte tapi ada rasa manis tu..

    ReplyDelete
  9. instant sesekali okey, ammi..sbb biasanya jenis segera camni, manissss...

    ReplyDelete
  10. Sama kak, saya pun tak terlalu suka kalo manis kopinya. Hrs ada rasa pahit baru enak 👍👍. Nescafe ini juga dah tak saya beli lagi. Skr kopi lokal saja lah.

    ReplyDelete