Ini kisah Ahad lepas, kita cerita Ahad ini.
Lebih lama diperam memang lebih sedap walaupun ceritanya yang nak disampaikan tak sedap.
Ammi ke Mydin di Senawang sebab nak mencari serbuk cafein bagi menggantikan jenama popular kegemaran rakyat Malaysia. Kata nak boikot...kita buat sungguh-sungguh. Dah "berjuta" duit ammi laburkan beli produk dari syarikat-syarikat yang ada kepentingan dengan negara HARAM itu.
Mencari beberapa produk gantian, memang mencabar ye sebab banyak yang biasa digunakan memang antara penyumbang. Allahhhhh, maafkan kekhilafanku kerana tidak peka pada perkara begini.
Selesai semua, masa nak keluar tu ammi nampak kiosk ni diluar. Selalu nampak Mummy Ayu dok beli kopi dari sini. Harini kita pulak try.
Yeayyyy sampai juga akhirnya. Selalunya keluar je dari Mydin terus je menonong ke kereta. Tak kuasa nak kekiri atau kekanan.
Si kecik order air sendiri di kedai sebelah.
Cafe latte with no sugar.
On the way balik eh boleh pulak tersinggah minum cendol. Pantang betullah si bongsu ni kalau nampak kedai cendol. Siap dia cakap "besar nanti Alip nak kerja jual cendol". Ahakssss. Janganlah kerja, jadilah boss kedai cendol.
11 Comments
heheh cute plak bab nak jual cendol tu ;) kalau jadi tokey cendol memang kaya raya laaa...kwn MZ, suami dia tokey bisnes cendol kg hulu yg pernah viral last few years, memang sgt kaya laaa
ReplyDeleteSehari, tak boleh tak ada caffeine! Syu baru ganti brand yg Syu suka minum tu dengan brand lain. Tapi, made in Indonesia lah. Harap brand yang itu tak bersekongkol juga dengan bintang Daud tu.Hu3.
ReplyDeletelama x layan projek kopi ni, dulu memang selalu...sampai ada yg ingat aku nya kedai kopi.. ha ha ha..aamiin kann.
ReplyDeletehehehe. so cute. nak jadi tokey cendol tu.
ReplyDeleteComel pulak kena menjinjing nak oder makanan...! hehehehe
ReplyDeleteHari ini jadwal saya belanja bulanan keperluan rumah kak. Jadi cari detergent, tapi supermarket tempat biasa belanja lagi banyak kosong. Yg ada cuma brand Rinso, yg mana ini under Unilever. Langsung saya tak nak juga. Saya prefer cari tempat lain drpd harus membeli brand yg ada hubungan dengan kaum kejam satu itu 😤.
ReplyDeletePelan2 kita hrs biasakan memang utk memakai produk yg tidak berafiliasi dengan mereka.
Sekarang kena berusaha kuat utk boikot brg yg support israhell.. Tahniah anda berjaya :D
ReplyDeleteSmlm pergi GM dah nak capai mi segera jenama terkenal tu, offer menarik. Alhamdulillah tersedar, cepat² gerak ke rak lain. Kita kena firm & teruskan usaha kita 💪
ReplyDeleteMudah-mudahan berjaya impian si kecik tu :)
insya-Allah, mudah mudahan berjaya kawal diri..anak2 pun faham bila certain2 thing yang kene tukar..dah la ckp kuat "ibu, yg nie x boleh kan ibu, brg israel" hahaha... tersentak pulak org lain yang tgh pegang nk beli brg tu...
ReplyDeleteSA pun tengah menghabiskan stok jenama kopi tersebut..mcm tau je jenama apa kan..hahaha..nak tukar tapi x tau tukar apa..padahal kat rumah ada je kopi 434 tu
ReplyDeletesedap nampak kopi caffe latte tu. warna dia memikat. tak sure kat shah alam ada ke tak projek kopi ni
ReplyDelete