Hari Jumaat lepas dalam pukul 10.20 gitu, terkejut ammi bila tiba-tiba orang yang call ammi adalah guru kelas Ozil.  Suspenkan bila cikgu call kita.

"Puan, boleh datang ambil Khalif sekarang di pejabat sekolah.  Dia mengadu sakit perut sangat", kata cikgunya.

Ammi pun laju je call abah dan abah teruslah ke sekolah anak bongsunya.  Masalahnya Abah yang jauh sampai dulu di pejabat sekolah.  Dia terkedek-kedek.

Masa abah ambil tu dia siap senyum-senyum simpul lagi tapi nampak pucatlah juga bibir dia.  Abah terus je bawak dia ke nearby clinic.  Angin kata doctor.

Sampai je rumah, ubat pun tak makan.  Ehhhhh dia dah sihat guys.  Dia terus capat remote, on tv bukak youtube dan tengok kesayangan dia si Christiano Ronaldo main bola abah kata.  "Alip dah rasa selesa lepas kentut tadi masa doctor picit-picit perut".  Ahakss...apa bau yang keluar masa dia kentut ntahlah. Kesian doctor itu.

Dan ini jelah ubat yang dia dapat.


Lain macam ye sekarang...dulu kalau angin dia bagi ubat yang dalam pek pastu kita bancuh sendiri.  Sekarang air oren terus.  Senang nak "gula-gula"kan budak kecik yang susah nak makan ubat agaknya kan.


Sudahnya sampai ke hari ini air kotak ni masih besidai dalam peti ais.  Ammi yang kena minum ke apa?  Dia pandang pun tidak air ni. 

Tak pasal-pasal melayang RM50 abah.  Tau abah je yang picit-picit perut dia.  Ahaksss.