Selalu ammi sampai KL awal pagi dalam sebelum 7.40 pagi. Ada masa 7.10 dah sampai. Depends pada keadaan trafic dan pada pemandu yang memandu bus. Ada yang terror skill cilok dia. Ada yang ikut laluan alternatif. Dapat yang sejenis bawak slow, pastu ikut jalan jam..hmmmm kematu dok atas bus.
Disebabkan hari Jumaat lepas ammi memang sengaja keluar lewat ke office. Jadi sempatlah kedai roti bawah stesen LRT Pasar Seni tu buka.
Selalu tu bila sampai bau semerbak dah ada memanggil-manggil tapi kedai belum buka. Haritu dari jauh ammi dah nampak signage OPEN warna biru dia tu.
Pagi makan nasi lemak...lepas tu ko makan pulak Rotiboy ni. Tang kerak yang garing tu walaupun pahit tapi sedapnya lahai.
Pastu ko bising kat laki kau...berat dah banyak. Berat terkini...59.7kg. Bila nak capai berat impian 55kg tu? Entahlah. Haritu dah elok ke 57++ tapi kau makan macam nak pergi menoreh getah. Padan muka.
5 Comments
Hahahaha.. mesti sedap yg dimakan macam nak pi menoreh getah tu 🤣
ReplyDeleteMZ berat sikit dari ammi hahhahh teringin lah nak berat mcm ammi tu...MZ pyh bebenor nak turun few kilos ni, lemak tepu sungguh
ReplyDeletebetul kalau nampak dia baru bawa keluar dari oeven mmg akan beli sebiiji huhuuu
ReplyDeleteOk done dah follow sini :D
roti boy memang enak dan harum :D masih menjadi roti rasa kopi favorit
ReplyDeletehaha..tergelak baca ayat ammi..perempuan kan..bising berat naik tapi makan tak hingatt..haha..semua pun bedal..
ReplyDelete