Sabtu minggu lepas seawal jam 7 lebih ammi dah sampai ke Nilai sebab petang Jumaat dapat panggilan daripada Vet yang mengatakan Zaitun boleh dimandulkan awal. Ada yang tarik diri.
Balik dari Nilai, kemas-kemas apa yang patut dan menjelang pukul 12 kami gerak pula ke KL. Kalini naik kereta Along ammi je sebab kami cuma bertujuh. Ngam-ngam je.
Sepupu ammi di KL kahwinkan anak. Lama dah tak jumpa dengan sepupu ammi ni. Walaupun dulu ammi pun duduk di KL juga tapi Bandar Tasik Selatan dan Ampang tu macam jauh nau pulak. Teruk betul perangai si Sharmila ni.
Sepupu ammi merangkap mak pengantin yang berbaju purple tu. Yati ni sebaya dengan ammi. Kami sweet 44 tapi dia dah ada menantu. Ammi? Bersabarlah ammi. Kalau direzekikan bertemu menantu insyaallah. Tapi sentiasa berharap Allah jodohkan anak-anak ammi dengan orang yang baik-baik.
Sebahagian dari kami para sepupu-sepupu. Eh ada 2 makcik disitu. Kalau himpun semua mau tak cukup kamera sebab adik beradik arwah mama yang hidup ada 12. Daripada 12 tu silalah pecahkan sendiri..
Ini gambar awal. Ami turun je dari tangga (dekat pintu grey tu) dari tepi ammi nampak kakak sepupu ammi yang bertudung hijau ni. Walaupun cuma nampak sipi-sipi hidung tapi ammi boleh cam. Inilah Along Banting kesayangan kami. Masa kecik kalau cuti sekolah selain dari duduk rumah makcik di Seremban di Bantinglah pilihan yang lain. Seronok cuti di banting sebab kita ada aktiviti petik kopi, kacau dodol, tengok orang petik sawit, mandi parit, naik basikal besar.
Yang disebelah ammi ni kakak sepupu juga. Masa kecik dulu ammi ingat dia "abang". Sampai ke usia 50-an masih lagi abang-abang.
Gambar dengan pengantin tak ambik pun sebab agak sempit ruang dalam dewan ni. Majlis dibuat di dewan Rumah Pangsa jadi memang agak sempitlah di dalam itu.
Jumpa sekejap pun dah rasa seronok. Entah bila dan entah siapa yang nak organize majlis hari keluarga kami ni. Cepatlah korang buat....kita follow.
7 Comments
Sedara-sedara ni kalau nampak dari belakang pun boleh kenal kan Ammi. Seronok haihh dapat jumpa ramai-ramai. Tahniah untuk Ammi dan keluarga, bertambah ahli keluarga baru. Tahniah juga pengantin baru.
ReplyDeletemini reunion kan kiranya ni ammi
ReplyDeletekerja kahwin juga mini reunion sebenarnya....
ReplyDeletesesekali dalam jumpa sedara mara ni bestkan...
ReplyDeletelagi kalau membesar sama2, seronok sembang cter kecik2 kang macam2 kenangan keluar kan...best2..
Biasanya kalau ada kenduri kahwin, berkumpullah saudara mara
ReplyDeleteseronok kalau buat family day...tp x nk jadi organizer..hahaha
ReplyDeletefuhhh umur 44 dh dpt cucu yer...nenek muda sungguh tuuuu
ReplyDelete