Setelah berminggu ammi tinggalkan cabaran "30 days writing challenge" ni. Marilah ammi sambung semula. Ada tugasan untuk 3 hari je lagi.
Sebagai orang yang pernah remaja ammi pernah bercinta. Respect dan salute pada mereka yang tidak pernah bercinta dan terus saja bernikah.
Topic ini ammi nak kongsi percintaan yang dah jadi kenangan dah pun.
(Credit to Google)
Ditakdirkan...tahun 1996 ammi berjumpa lelaki ini. Seusia dengan ammi. Dia bekerja di McDonalds dan ammi pula di Pizza Hut Seremban Hut selepas tamat SPM sebelum 2-2 melanjutkan pelajaran. Selalu break sama, ambik offday pun hari yang sama, main bowling sama, tengok wayang beramai-ramai.
We were friends, sehinggalah di tahun 1998 barulah we decided to make our relationship special. Banyak dugaan berkawan dengan dia sebab dia bukan Islam.
Dia memang baik, arwah mama suka dengan dia, family ammi suka dengan dia. Tapi family dia yang tak boleh nak terima kehadiran ammi. Tidak ada sorang pun dalam family dia yang boleh terima kalau anak dan adik bongsu dia masuk Islam.
Walaupun camtu kita tetap go on...dia berkeras dengan keluarganya. Sehingga satu tahap, bila dia kata dengan mak dia nak berkahwin dan ayat mak dia "I will disown you if you marry her" buat ammi rasa macam, perhubungan ini tak patut diteruskan.
Pada ammi perkahwinan perlukan restu dari ibu dan ayah dikedua belah pihak. Bukan sebelah pihak saja. Dan ammi pun pada masa tu pun tak yakin dengan kemampuan ammi nak bimbing dia. Diri sendiri pun tunggang langgang bab solat puasanya. Lepas kejadian tu ammi selalu je jadi gelisah, tidur malam macam tak lena, tak tenang betul hati.
Dengan berat hati ammi titikkan perhubungan. We cried together. Perhubungan berakhir bukan sebab kami bersengketa, bukan sebab kecurangan tapi sebab tiada restu. Sakit? Memang sakit sangat.
(Credit to Google)
Alhamdulillah selepas hujan Allah hadirkan pelangi buat ammi. Ammi tak bercinta bagai nak rak sangat pun dengan Abah sebagaimana dengan ex ammi tu. Tapi ammi rasa selesa bila dengan abah, ammi rasa tenang, tak ada rasa gelisah, tak ada rasa gusar.
Terima kasih awak, dah 19 tahun awak bersama dengan saya. Susah senang, pahit manis bersama dengan saya.
3 Comments
alahai.. so sweet..
ReplyDeleteAlhamdulillah...semoga terus bahagia dengan abah...
ReplyDeletecerita cinta saya dulu berakhir bila ex curang dengan member sekelas. tapi takpelah, saya jumpa orang yang baik sebagai pengganti. harap perkahwinan kami berkekalan tapi baru masuk usia 11 tahun, masih sekolah rendah orang kata :p
ReplyDelete