Ammi sepatutnya kerja hari Jumaat lepas sebab boss ada urusan sebelum berangkat ke luar negara. Ammi mintak izin untuk masuk lewat sikit sebab nak uruskan si Ozil ni. Pastu boss congak-congak dan kata "no need to come" sebab pada dia ammi ni pun dah lama tak WFH di hari Jumaat sejak dia sibuk dengan urusan majlis kahwinnya. Dia suruh ammi standby je kat rumah.
Maka, Jumaat lepas hantar si Abang Thor ke sekolah, Ammi teruslah ke Lake Garden. Lama dah tak briskwalk betul-betul keluar peluh jantan betina. Bacaan BP ammi pun lately agak kurang memberangsangkan dan kepala agak tingtong setiap hari dan disebabkan itu marilah bersenam. Manalah tau boleh ok semula.
Berpeluh-peluh berkecah ketiak dan masuk je kereta terus perut auto lapar. Eh ngada eh.
Singgah ke kedai adik saudara dan order "Dik, angah nak kueh teow goreng pedas dan sedap 1". Mujur kedai adik sedara...kalau kedai orang lain mau dia lempar kuali kat muka kau.
Baru kau beriya berjalan bakar kalori...pastu kau masukkan balik beribu-ribu dalam badan. Tapi saya teringin.
Selesai makan, marilah kita mencari lauk dulu lelaju sebelum nak on laptop standby kalau ada kerja sambil memasak.
Siakap balado...presentation saya very bad uolls. Nak susun hasil masakan dalam mangkuk lelawa pun tak reti. Teruk betul.
Ayam goreng kunyit
Masak lomak putih kobis campur dengan fucuk kering. Fucuk kering ni lately memang sentiasa ada stok dalam fridge ammi. Suka pulak ammi makan. Kadang-kadang ammi hiris nipis buat goreng sayur, masuk dalam sup. Ikut suka jelah.
Petang Jumaat tu keluar membeli barang keperluan office sikit sebab memang plan nak ke KL esoknya sebab abah ada game bola, jadi bolehlah singgah ke office sekejap hantar barang. Gitulah saiya....saiya bikin semua. Nasib baik cuci jamban office ada bibik yang datang basuh.
25 Comments
aku pun slow down sgt dah aktiviti briskwalk aku ni.. nak mula balik tu, alahaiii.but kena jugak ni.
ReplyDeletejom perlahan-lahan
DeleteSkang x sempat lagi nk eksasis... Hahaha.. Esok2 dah PJJ betul2.. Boleh la stat balik...
ReplyDeletetime si dia adalah best nak exercise...
DeleteSama la, PH pun dekat sebulan dah kot tak briskwalk... Jadual harian tunggang langgang sikit lately. Nak mula balik tu adoiiii berat!
ReplyDeleteNampak kan walaupun baru sebulan dua tak buat tapi ada impaknya pada berat kita.. ni doctor dah tak bagi ammi buat IF lagilah...camna ntah naiknya nanti
Deleteammi all rounder laaa semua keje boleh buat tuuuu
ReplyDeletebegitulah MZ bila hanya ada ammi dan boss je di office. Minta boss gi beli mineral water manjang aja dia lupa. sudahnya kita sendirilah gi beli
DeleteWak kalau pagi jumaat pegi pasar minggu dengan pn is3
ReplyDeleteBeli barang keperluan dapur untuk seminggu.
Wak tukang tarik troli aje
kalau ammi gi pasar...ammi yg jadi tukang tarik bakul sebab ammi tak reti memilih barang basah
DeleteAlamak..dah keluar peluh jantan, berduyun2 masuk balik sebab kueh teow... hahhaha
ReplyDeletetulah..ntah bila nak slim kalau camni
DeleteFuchuk tu.. tauhu kering kan?. Mmg sedap tu. Heaven sgt kalau blk Msia terjumpa yg ada tanda halal.
ReplyDeleteAmmi dah bleh briskwalk tu.. tanda dah hilang lah sakit aritu kan?. Alhamdulillah.
Aah..tauhu kering kak.
DeleteSakit tu masih ada kak..sentiasa berpinar mata ni
Geng Apple Watch ni.
ReplyDeleteAhaksss..tau aja. Orang bagi kita merasa. Nak beli sendiri memang taklah
DeleteNak start balik proper Briskwalk..hari- hari memang dah jalan jauh kan..Pasar seni ke Lrt, Lrt ke opis, balik kerja pun sama..jalan jauh ke KTM, sampai Seremban jalan lagi jauh sebab platform yang dekat tu renovation kan..ntah bila nak ok x tau la..hehehe..weekend je boleh proper Briskwalk
ReplyDeleteAmmi tanya kat doctor haritu..is it sufficient my daily walking routine to work. Katanya "daily walking to work and briskwalk is not the same". Sebab pembebasan hormon tu berbeza.
Deletebrisk walk pun sebenarnya bagus kalau kita amalkan selalu, dia tetap keluar peluh2 tu..
ReplyDeletenieyl pun kdg2 brisk walk juga, klu tak sempat buat tabata je dalam bilik hehehe..yg ini gerenti berpeluh jantan hahaha
nak google la pasal tabata tu..tak pernah tau pun
DeleteMembakar kalori memang satu cabaran, kumpul semula kalori punyalah senang!
ReplyDeletememang..nak-nak nafsu makan macam apa je ntah
DeleteMasak lemak putih memang best pair dengan goreng goreng ni...
ReplyDeletekan..selalu ammi suka lemak putih pair dengan sambal ikan
DeleteHari ini masakan saya lemak putih sawi dan tahu juga , + ayam kecap 🤭.
ReplyDeleteJadi kira impas ya kak, kalori keluar dengan yang masuk 😄..
Tak apa, yang penting tetap ada bergerak 👍😁