Si bongsu memang suka dengan makanan yang dibuat ala-ala coleslaw ni. Kadang-kadang kalau ammi buat cucumber raita pun dialah yang paling rajin tanya kat orang, ada yang nak lagi tak, ada yang nak lagi tak. Rupanya dia nak perabiskan.
Ini coleslaw masa ammi buat grilled chicken haritu. Buat sebekas besar sebab memang tau ada penggemarnya dalam rumah.
Esoknya masih ada baki sikit dia buat sarapan pagi. Pastu dia cakap dengan kakak dia
Ozil: Kakak, nanti ajar Alip buat koleso boleh tak?
Kakak: Koleso apa? Kole air?
Ozil: Tak yang makanan warna putih tu, yang ini (sambil jalan ke peti ais bawak keluar lebihan semalam).
Kakak: Bantai gelak tak henti sambil tepuk-tepuk meja sebelum boleh mula bercakap. Ini coleslaw bukan koleso.
Ozil: Sama. Cikgu alip sebut kolso.
8 Comments
adoi...pon boleh lah ozil...ada lo lo belakang...
ReplyDeletekalau dedek stokin jadi toskin... ibu pun pening
hari tu masa dok psg gps je..nanti last akan keluar "anda telah smpai ke destinasi", dedek ajuk destinasi tu x taw lah mcm mana..yg ibu dgar nasi je kat belkg..igt dia lapar nasi... hahaha
Si bongsu selera western ni....
ReplyDeletejanji ada bunyi sama kan ozil...sy dulu suka sgt beli 'koleso' kfc,skrg ni kena bljr buat sendiri juga la
ReplyDeleteeh.. mentua dan kakak ipar MY pun sebut koleso. dah betulkan pun lain kali sebut koleso lagi. Jadi biarlah mereka bahagia dengan koleso mereka
ReplyDeleteYang baca pun nak gelak besar jugak Ammi uiii..Keleso pun keleso lah ozil. hihi...
ReplyDeleteCUya pon suka makan coleslaw jugak...feveret yg KFC punya
ReplyDeleteKoleso pun boleh la Alip..comel la awak ni...
ReplyDeletekoleso pun boleh.hehe...comel plak sebutan dia tu...
ReplyDelete