Masa di MyTown tu segala kedai kalau boleh nak masuk. Mencari kasut sekolahnya tapi kasut ada size tak ada. Payah ok orang kaki size 9-10 ni.
Mencari kedai buku, yang ada cuma Book Xcess. Bolehlah.
Masuk dalam ni memang ramailah orang yang bergambar sebab cantik juga deco dalam kedai ni. Ada yang duduk main piano.
Anak dara ammi ni tau-tau je hilang dari radar. Ehhh gelabah maknya ni tau. Cari-cari oh dia disini.
Ammi perasan dia pandang kanan...cari amminya kot. Bila nampak ammi di kiri tuerus buat muka kesian. Bag biru di bahu dia tu boleh tahan berat tu. Seberat duit yang melayang keluar dari wallet ammi.
Hmmmm pilih 2 je. Awak nak periksa lepas cuti sekolah nanti.
Keluar je dari kedai buku...eh dia buat suara kesian lagi wak. Dia kata "ammi rasa ammi sayang sangat ke sayang sikit kat kakak?"... hahahah soalan mintak penampau ni kakak oi.
Ammi jawab sayang sikit...dan dia cakap "sebab ammi sayang sikit je, kakak kena makan sesuatu yang manis sebab kakak sedih". Ahhahahha..awak macam-macam ye akal.
Dia nak aunty Anne kesukaan dia. Tapi tengoklah beraturnya sampai ke kedai sebelah ni. Dah kita ke kedai sebelah je. Tengok nama pemilik di papan tu "Resepi Bonda"...ammi rasa kedai orang kita la tu. Mudah-mudahan.
Air buat hilang rasa sedih. Ada juga white choc macadamia cookies...tapi mana gambarnya ntah. Sedap juga air ni...ada pahit dan manis gitu.
Solat asar pun dah hampir nak hujung waktu...dah alang-alang tu kita tunggu Maghrib jelah kakak sebelum kita gerak tunggu Abah.
12 Comments
hahaha...asal sedih je kena pauu haha..best nye jadi anak kann
ReplyDeleteMmg susah nak cari kasut plus size, rasanya saiz 9 tu saiz yg ramai org pakai.
ReplyDeleteBoleh dia tanya macam tu sbb nak makan manis2 hahaha.. Okla bawa jenjalan beli buku hilangkan stress dia
ReplyDeleteLama x pergi auntie anne
ReplyDeleteKalau cakap sayang banyak pun mesti dia spin juga suruh Ammi lanjer hehe...
ReplyDeleteSeronok kan anak dah remaja ni, boleh buat kawan
Pandai eh kakak pau ammi.. hahahha
ReplyDeletecute betul soalan ur daughter tu hehehe lawak pun ya jugakkkkk ;) precious moments laaaa
ReplyDeletepandai eh alasan sedih, makin tipis dompet
ReplyDeleteAlah... tadi pun uncle ada kat myTown....
ReplyDeletebukan main lagi ayat dia kann
ReplyDeletePandainya dia mengayat. :D
ReplyDeleteSaya suka masuk kedai buku macam tu. Boleh duduk lama.
hahaha..pandai pulak dia cuba amek hati mak dia dengan muka dan ayat sedih :D
ReplyDelete