Sabtu lepas masa kejadian kasut tercabut tu ammi nak berdating dengan anak dara ni. Lama dah kitorang tak ke mall berdua.
While waiting for MRT to TRX dan kemudiannya kena tukar naik MRT laluan ke Kajang untuk ke stesen Cochrane. Ye...memang tara-tara tu jelah tinggi maknya. Anaknya tu pun tak adalah tinggi mana..dalam 166cm je...tapi sebab maknya kemetot nampaklah dia tu tinggi.
Ammi tengah recce headphone untuk birthday dia. Yang dia pakai ni ammi beli di Shopee je. Dia belum tau apa itu bunyi yg sedap kot...ammi pernah try sekali...huhhhhhh mintak ampun telinga dengar bunyi yg tak sedap itu. Kalau tak jumpa harga yang mampu milik awak pakai jelah yang ini dulu ye.
Sampai di MyTown jam pun dah menunjukkan 3.15 petang. Kami memang sengaja tak lunch masa di RnR Nilai tadi sebab dah plan nak makan menu Korea. Sebelum makan misi mencari kasut didulukan sebab ammi memang dah tak boleh berjalan dengan kasut tercabut tu. Rasa macam nak cramp jari kaki dok menahan.
Dah jumpa kasut barulah kita mencari restoran pulak.
Ke sini kami selepas baca review di blog Rodiah Amir. Ini first time ammi cuba. Ambil yang perlu saja sebab taknak kenyang yang melampau. Nama pun berdating..mestilah nak singgah sana singgah sini kan.
Ammi ambil Yukgaejang Rice. Nampak ada 1 tanda cili...ingatkan pedas. Ala tak pedas pun. Patutnya pilih yang ada lebih cili kot.
Kyra pilih Eomuk Udon
Ada banchan juga untuk setiap menu...yang timun tu agak tawar rasanya. Ke memang begitu kejadian sepatutnya? Entah.
Kyra pilih Mango Ade dan ammi pulak pilih Aloe Juice. Tapi ammi prefer Aloe Juice di Dubuyo...yang kat sini ada rasa-rasa jasmine gitu.
Total harga makan kami dalam RM78 gitu. Sekali sekala takpelah...kalau selalu pengsan amminya.
8 Comments
bdk2 suka la menu korea...anakdara pernh ajak juga mkn soopong ni tp tula tgk menu maknya tk brp bole nk mkn haha....kalo menu korea mcm kfry,kyochoon tu ok sbb ada ayam haha
ReplyDeleteya Allah ammi...linda boleh tgok cerita korea je...mkanan korea tak boleh makan...tetap cari tempe jugak..hahaha
ReplyDeleteSeronok dating dgn anak dara. Anak dara saya pun dah tinggi dari saya sbb ikut genetik pak nya. 166cm tu kira tinggi la Ammi 😂
ReplyDeleteWah mader & doter ni geng Korea ye ... Malu nak cakap, PH tak pernah masuk Korean resto haha... Takat beli onigiri kat FM tu pernah la 😆
ReplyDeletewah..best tu ngedate with anak dara
ReplyDeletekak, tunggu entri saya makan repeat tapi kali ni makan ayam cheese dia. tak amik bingsu eh..
ReplyDelete166 tinggi tu. Nampak pun tinggi orangnya.. bestnya dating berdua..
ReplyDeleteMakanan korea ni memang tak reti nak order. Mau masuk duk tengok menu je lama..
waaa tinggi jugak tu kyra 166 cm...MZ 159 cm jer tp selalu perasan tinggi esp time pakai heels hahahaha
ReplyDelete