Terbaca posting ini di Facebook dan ammi terus terbayang pakcik yang jaga makmal komputer masa ammi di ITM dulu. Masa tu umur ammi dalam 18 tahun dan dia dah pun hampir-hampir nak pencen. Lupa pulak ammi namanya. Tapi ammi selalu panggil Wak sebab pekat betul slang jawanya walaupun cakap bahasa Melayu.
Kalau ammi sebut nama artis tu korang jangan gelak. Nanti korang kata ammi perasan sungguh. Tapi itu dulu...masa muka runcing macam ni. Orang yang panggil bukan kita suruh dia panggil kan.
Ammi memang baik dengan staff makmal. Lagipun nak sombong-sombong buat apa. Kalau kita susah dorang juga yang nak membantu. Yang nak betulkan komputer, kabel segala mak nenek. Siap kalau kat jumpa dorang kat kafe boleh share air lagi.
Semuanya bermula dengan akak di dalam makmal tu..dia yang mula panggil ammi gitu. Last-last semua panggil ammi dengan nama artis itu. Terasa macam wow sangat padahal....kalau letak ammi sebelah-sebelah dengan artis itu...hmmmm jauh panggang dari api.
Dorang panggil ammi ZIANA uollssss. Haaaa korang gelakkan? Tapi versi Ziana dululah..yang masa hidung dia tak macam sekarang. Nak letak gamba ZZ yang lama kat sini tapi masa tu dia tak bertudug. Malas pulak nak edit.
Masa awal-awal dipanggil dengan nama artis ni, ammi tak perasan pun selalu dorang panggil ammi. Sebab awal tu dorang panggil ammi Tagore. Sempena nama artis Bollywood Sharmila Tagore.
Wak: Dipanggil namanya kok dicuekin.
Ammi: La panggil saya ke?
Wak: Kau sorang je Ziana kat SS ni.
Ahakssss disitu.
Semoga Wak, abang dan akak yang pernah bertugas di Makmal Komputer Fakulti SS sihat-sihat adanya. Lepas grad diploma je terus tak contact dorang padahal masa belajar bukan main rapat lagi. Siap bertenggek kat office dorang time rehat. Ish ish ish.
12 Comments
ya Allah ammi, tak baik gelak tp ada kot zaman ziana baru nk up tu muka mcm ammi hehehhe
ReplyDeleteNak tumpang jugalah kat sini, dulu ada orang duk kata saya ada gaya Along Spoon (semoga Allah ampun, beri rahmat, beri kesejahteraan dan maafkan dia). Haha nak juga.
ReplyDeletemungkin bibir tu yg nk bg nmpk sama kot ammi...nice lah...takde pulak org kabo Linda mcm muka retis...hahaha
ReplyDeleteBetul la... ada jugak iras2...
ReplyDeleteAda iras2.. yg zmn dulu dulu
ReplyDeleteComelnya.
ReplyDeleteHa'ah la.. ada iras, tang bibir + mata.
ReplyDeleteKerlazzz .. mirip Ziana gitchew.
Sy pun nak tumpang perasan juga lah Ammi. Dulu2 org kata muka sy mcm Liza Abdullah, pastu kejap Sherry Merlis. Itu zmn muda2 dulu lah. Tp terbaru ni pegi kursus kat KL.. adik tu ckp.."Muka Akak mcm sorang artis ni.. tak ingatlah nama.". Dgn confidentnya tros sy googlekan pix Sherry Merlis.. dia ckp ha'ah. 😁😁
at least ammi ad ala org ckp rupa artis... Cuya ni bukan muka artis, entah sape2 tah mesti ada rupa Cuya..kang serupa member kwn la,,serupa org enth spe di internet... hahaha
ReplyDeleteyg pasti cute!! zmn muda kannnnn
ReplyDeleteHa sguh la bila ditenung balik ade Iras Ziana Zain dlu2..hahaha
ReplyDeleteAda sikit ZZ la Ammi..mungkin kalau live masa tu lagi rupa ZZ...
ReplyDeletehaah betul ada iras2 lah sikit ammi macam zz..
ReplyDelete