Momok itu wujud

Ammi kan hujung bulan lepas ada masalah pusing kepala yang teruk.  Pusing kepala beserta sakit ditengkuk.

Masa ammi dapatkan rawatan di Klinik Kesihatan dekat rumah tu ammi pun dapat rasakan yang doctor agak kurang mencari punca.  Dia bagi "penyelesaian" tapi dia tak cari punca.  Tempoh masa ammi duduk depan doctor tu kurang 5 minit.  Termasuk dia menaip di komputer dan prescribed ammi dengan ubat.

Bila ammi masuk kerja esoknya, boss macam tak puashati dan dia terus call kawannya yang juga doctor di sebuah KK di PJ ni.  

Ammi borak dengan kawannya sambil dia tanya few questions di WhatsApp dan dia suruh monitor tekanan darah ammi untuk seminggu.  Terpaksalah membeli blood pressure monitor ni.  Bacaan seminggu menunjukkan semuanya melepasi 120/80.  Hari ke-7 ammi submit readings pada doctor tu dan dia kata "please come to my clinic".  Set tarikh dan 5.12.2023 ammi pun pergilah ke klinik dan doctor tu memang dah siap-siap inform kat bahagian pendaftaran dan Triage untuk terima ammi sebagai patient dia.  Terasa macam VVIP pulak.


Buat segala test.  Ambil tekanan darah secara duduk, baring, bediri, urine test, blood test, ECG.  Masa buat ECG, jururawat tu siap tanya "Puan pernah kena heart attack ke?".  Jawapan ammi "tak pernah rasanya, tapi jantung saya memang ada defect yang dah dibaiki".  Kalau baca ECG memang semua doctor akan tanya soalan yg sama.

Kesimpulannya, setelah diperiksa confirm ammi ada hypertension.  Dan 5.12.2023 adalah tarikh ammi mula makan ubat darah tinggi.  Huhuhu.  

So, semalam ada follow up after 3 weeks dan dapat result blood test.  



Appointment pukul 11 tapi 10.40 ammi dah sampai klinik.  Terus jelah masuk.  Result darah semua ok kecuali LDL cholestrol dalam darah (kolestrol jahat) agak tinggi.  Which is 4.01 


Doctor kata dia tak bagi ubat kolestrol lagi untuk ammi, ammi kena cuba kawal pemakanan dulu.  Kurangkan yang bergoreng.  Ahaksss.. apalah ertinya hidup sebagai rakyat Malaysia tanpa makanan bergoreng.  Pisang goreng, kueh tiow goreng, karipap, ayam goreng.

Dan dibekalkan dengan "jajan" untuk tempoh 3 bulan.  Makan jelah setiap hari sebijik walaupun ada yang memomokkan dengan ayat "kalau makan sekali sampai mati kena makan".  Hmmmm.  Takpelah...saya masih ada anak-anak yang bersekolah yang masih memerlukan kasih sayang, sokongan saya sebagai ibu.  Kalau saya tak makan ubat ni, sakit pastu kena stroke awak nak tolong jagakan anak-anak saya ke?


Welcome to my life baby.  

Post a Comment

18 Comments

  1. Semoga tiada yg memudaratkan dan dikembalikan keafiaatannya. Nanti Ammi story la pasal defect kat jantung tu.

    ReplyDelete
  2. Semoga dipermudahkan...ubat darah tinggi tu pasti..hehehehehe...tapi akak dah tak makan dekat 2 bulan lebih ubat tu..since joint program diet (no garam, no msg, no perasa, no minyak, no sauce..) ...apa2 pun semoga dipermudahkan dan sihat selalu.

    ReplyDelete
  3. alamak ammi risaunya saya pun lately kerap sakit kepala..tapi hanya sakit kepala sebelah kanan..nak kena buat medical checkup juga la gayanya

    ReplyDelete
  4. in sya Allah..doa yg baik2..stay heathy key

    ReplyDelete
  5. Ingatkan kena sampuk momok...rupanya momok yg ni..SA dh makan lama dah dari 2018...nak berhenti sebab dh stabil tp doc ckp...once dah makan ubat..selamanya kena makan ubat...

    ReplyDelete
  6. ingat momok betul... bagus betul boss ammi lah kan, syg betul dia dgn PA nya ni. Dana pun makan ubat kak, makan ikut masa jgn skip sebab takut makin teruk nnti kalau tak dikawal darah tinggi tu

    ReplyDelete
  7. Harap hilang kepala pusing itu.

    ReplyDelete
  8. Ada lagi Ammi.... Aiskrim pun orang malaysia goreng!

    ReplyDelete
  9. Jaga diri jaga pemakanan jaga kesihatan ammi!!...

    ReplyDelete
  10. Semoga diberikan kesihatan yang baik sepanjang hayat....insyAllah yang baik2 sahaja utk ammi

    ReplyDelete
  11. Alamak, saya hari2 makan makanan bergoreng..bimbang jugak. Btw semoga cepat sihat ye ammi

    ReplyDelete
  12. Semoga dipermudahkan urusan Ammi.
    Hypertension ni senyap senyap je dia datang..

    ReplyDelete
  13. tajuk suspens...tp kena mkn ubat darah tinggi tu memang scary tp no choice laaa kan...err LDL ammi lebih kurang MZ laaa, dan MZ pun tak mau mkn ubat kolesterol...nak try diet clean eating tu asyik bertangguh2 ni

    ReplyDelete
  14. Sha doakan semoga Ammi sentiasa diberikan kesihatan yang baik.. Aamiin..
    Kita berusaha dengan memakan ubat demi kesihatan.. kan Ammi..

    ReplyDelete
  15. Tak apa kak, obat seperti ini memang membantu sangat utk yg punya darah tinggi. Mertua saya pun minum ini sampai akhir hayat, dan selama itu juga baik2 saja. Tapi mama dah tak ada bukan Krn darah tingginya, tapi Krn COVID. Asalkan disiplin minum, semua oke lah. 🤗

    ReplyDelete
  16. Tini doakan semoga Ammi segera beroleh kesembuhan. Momok sebegitu jugalah yang dok berdesing kat telinga Tini masa my better half being detected with HBP. But again, insyaAllah, follow routine dan kena rajin check blood pressure sendiri, insyaAllah boleh control.

    ReplyDelete