Assalamualaikum.  Salam Jumaat.

Terasa tak sabar nak habiskan harini pastu yeayyyy bercuti.  Boss balik dari honeymoon ammi pulak take over cuti.  

Pagi tadi sampai di MRT Phileo dah turun ke bawah alamakkkkk tetiba perut memulas lain maciam.  Kalau naik bus macam lama lagi nak sampai, ammi pun buka apps AirAsia dan try.  Tak sampai seminit dapat.

Wahhhh..first time ni dapat kereta jenis gini yang dibuat jadi e-hailing car.  Gayat terus.

Bukanlah tak pernah naik kereta jenama ini sebab boss ammi selalu aje tumpangkan ammi.  Kalau boss tak bawak naik kereta dia memang tak merasalah juga agaknya naik kereta jenama ni.



Pastu gigih ammi tekan kat gambar kereta sebelah tu...nak tengok kereta jenis yang camna.  Yelah...manalah kita nak kenal kelas-kelasnya.  Kereta marhaen macam kereta ammi kenallah juga.


Ah ah ah...lawa keretanya.

Ni rezeki hari Jumaat namanya.  

Kau bayar RM6 pastu kau dapat naik kereta mahal.  Siapa nak bagi?