Salam dari Thor

Minggu Jumaat lepas sepatutnya diadakan majlis sambutan Hari Kanak-Kanak di sekolah Ozil yang bertemakan macam kat bawah ni.  


Tetapi kita merancang sedemikian, Allah merancang sebaliknya.  Guru muzik anak-anak meninggal dunia pada malam hari Rabu.  Jadi majlis diteruskan dengan hanya potluck dan pemakaian pakaian beragam, manakala persembahan ditukar kepada bacaan yasin bagi menghormati pemergian guru tersebut.

Majlis diteruskan bagi mengambil kira persediaan ibu bapa dan anak-anak.  Ada yang dah tempah makanan, pakaian termasuklah ammi.

Masa Abah bawa Ozil ke kedai penyewaan costume dia beriya nak sewa pakaian kepahlawanan Melayu.  Mula-mula katanya "Alip nak pakai macam Abu Ubaidah".  Wahhhh lain macam semangatnya, tapi beliau bukan pahlawan Melayu nak.  Cari baju pahlawan Melayu, kebanyakan size tak sesuai dengan Ozil.  Ada yang besar, ada yang kecil sangat.

Sudahnya dia pilih Thor jelah.


Salam 2 rakaat dari Thor Seremban.


Nasib tak ada kilat sambar hammer tu...kalau ada untung-untung rekahan di depan pagar dan longkang yang entah bila pihak Majlis Bandaraya Seremban nak datang betulkan tu boleh bercantum semula.  Ahaksss.

Mamat oren yang baru tumbuh bulu selepas di lion cut ni sibuk enterframe.  Siap dia sekali masuk lompat dalam kereta bila abangnya bukak pintu.  


Tak tenang betul muka...tak menyabar nak sampai sekolah.  Sabau...jam ni.


Sebagai emak yang rajin memasak...saya minta suami saya belikan ini untuk potluck.  Bila cikgu buka senarai potluck....laju je seketul emak ini isi nama anak di bahagian MAKANAN RINGAN.  Ahaksss.

Costume disewa dari Glory C. Costume Senawang pada kadar RM75.00 untuk 3 hari.  Kadar sewaan bergantung pada costume yang dipilih.

Post a Comment

15 Comments

  1. tak kisahla constume apa ye yang penting solat jangan tinggal kan, mudah kerja ye makanan ringan je omaknya beli

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. hahah tiba-tiba je lengan yg kurus ada musclekan

      Delete
  3. Seriusss berani dan semangat pakai baju thor tu..
    Alfatihah kepada guru muzik anak..

    ReplyDelete
  4. seronok diaorang yer..but dlm seronok2 tu ada pula berita sedih.. al fatihah buat guru muzik nya...
    lain kali ada run apa2 aku roger ko yer. ala, aku pun mana lari pun .. brisk walk je

    ReplyDelete
  5. al fatihah kepada guru muzik ozil
    wahh...jarang nmpk org pkai costume thor nie

    ReplyDelete
  6. Bestnya ada acara pakaian bertema..dulu CUya tak merasa pon
    Al fatihah buat arwah cikgu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. zaman ammi dulu pun mmg takde..yg pakai baju only those yg masuk acara je. Kalau kata ada pun ammi tak rasa parents ammi mampu nak sewakan

      Delete
  7. Wah...terus dapat gelaran Aabam Thor Seremban ye...eh rumah amie area mana ni..macam familiar je kawasan tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab ada budak panggil dia gitu kat sekolah masa hari kejadian

      Delete
  8. Sedihnya guru mereka meninggal pula :(.

    Tapi baik juga acara tetap dilanjutkan , anak2 pasti senang kalo ada kesempatan pakai kostum begini kan 😄👍.

    Susahnya cari kostum, kalo size tak pas memang. Terkadang anak2 ini dah terlalu besar, tapi size yg ada terlalu kecil. Jadi tak bisa pakai kostum pahlawan Melayu yaa😅

    ReplyDelete