Ni kisah hari Rabu.
Bukan ulau melingkau atas pagau. Tapi ulau melingkau dekat terminal bus.
Cuti sekolah ni ammi memang keluar lewat sikit, jadi dapatlah ammi solat Subuh dirumah je. Merasa salam-salam cecium husband sebelum keluar kereta. Kalau tak tu biasanya muah-muah dari jauh je sebab masing-masing dah berwudhu. Dia solat di masjid lepas hantar ammi, ammi solat di surau kat terminal.
Pagi tu sampai terminal lebih kurang pukul 6.40 pagi, ammi terus gerak ke kaunter tiket. Ammi nampak ada orang beratur dan bus tak ada. Lepas beli tiket ammi pun pergilah ke barisan tu. Ingatkan pendek je barisannya. Hambikkkkk kau pusing satu terminal terus.
Punyalah panjang barisan. Drivers pun mungkin ramai yang cuti juga kot sempena cuti sekolah.
Tapi mujur juga tak lambat melampau sampai office. Ammi sampai di Pasar Seni sekitar jam 8.20 pagi. Kalau office ammi ditengah KL mungkin punch card masih elok biru lagi lah. Tapi ammi kerja di Petaling Jaya. Dah alang-alang tau tak sempat nak kejar bus pukul 8.30 pagi kat stesen MRT Phileo Damansara makanya ammi pun pergilah beli sarapan dulu.
Sekarang ni doctor tak galakkan ammi buat IF buat sementara waktu sebab ammi ada kandungan acid yang agak tinggi dalam perut. Kopi pun doctor kata minum lite-lite je dan lebihkan susu lowfat. Hmmmm tak sedap.
Jadi sampailah saya di office sekitar jam 9.05 pagi.
Psstt...mana nak bawak anak dara ni makan sambut birthday dia ni? Bila tanya manjang tak tau je.
16 Comments
Susu lowfat mmg kurang sedap. Buat kopi guna full cream lain rasanya 😄
ReplyDeleteKawasan rumah Naniey lengang je jalan. Orang ramai bercuti
Kan…ammi sebenarnya prefer black coffee yg pekat tp sekarang doc kata no black..kene letak susu :(
DeleteIngatkan ulau betul, risau gak tadi 😅
ReplyDeleteK-food restaurant la kot Ammi kalau dia suka k-food
Sampai rumah dia dh ada jawapan…instead of K she opted for J-food
DeleteAlhamdulilah sampai gak tempat kerja.. ngisau ulau tu panjang tk sudahh hehe
ReplyDeleteFuhh.. Salute lah...yg travel jauh hr2 gitu g kerja... Kalau linda boleh stress.. Hihihi
ReplyDeleteKiranya akak nasib baik la dapat naik bas...bas buruk je pun..pas tu uncle india tu bawak macam ribut..x dapat nak tido..seram...
ReplyDeletelaaa.. ingatkan ada ular kat terminal. Saspen baca
ReplyDeleteingtkn org melaka je suka sebut ulau melingkau atas pagau., hauhau2
ReplyDeleteJauh perjalanan sbb Naik bas ..kena gigih juga kuar awal.. nasibaik skarang cuti sek ye dpt kuar lmbt skit...area phileo opis lama kita dlu CP TOWER dkt eastin hotel...
ReplyDeleteingat kan ular betul la.. pernah merasainya dulu..masa zaman ulang alik tu...
ReplyDeleteeggbytes kat senawang tu.. yg aku gi masa bday Iris tu..my suggestion la
punya lah fokus kat anak panah tu nak cari 'tali pinggang' nya.. 2 kali baca baru faham 😅😅
ReplyDeleteKalau asid tinggi dalam badan kena kurangkan jugak makan buah2 masam macam lemon + apple cider. Dulu saya terlebih asid dalam badan sebab minum lemon waktu pagi konon nak diet..
ReplyDeleteMZ memang minum susu lowafat ie letak susu tu sikit bila buat teh (guna stevia as sweetener)
ReplyDeleteHahaha.. Gigih tau Sha tengok semua gambar dulu baru baca sebab nak cari ulau tu.. hahaha.. Sabau jelah..
ReplyDeleteSaya harus baca 2x tulisan ini, Krn tadi berpikir memang betul ular melingkar di sana 🤣🤣🤣🤣. Ternyataaa panjang sangat antrian ya kak 😅
ReplyDelete