Jumaat lepas ammi bekerja dari rumah.  Tapi memandangkan ammi tau tak ada apa sangat yang perlu dilakukan jadi dalam 9 lebih ammi sesiap nak bawak anak-anak bulu ke Vet.

Ammi perasan Poppy aka Popia Nasuha kencing berdarah.  Popia ada habit suka kencing di sink bilik air.  Dia jarang kencing di litter box.  Selalunya kita nampaklah warna kuning tapi ada 2-3 kali ammi perasan darah.  

Mula-mula ingatkan kotlah ada yang gosok gigi berdarah ke, tapi bila fikir logik kalau kita gosok gigi kita buka air dan dah tentulah darah tu hilangkan.  Ammi perati lagi bila Popia kencing..hmmm kesian ok muka dia.  Dia macam beriya kencing tapi keluarnya hanya titik-titik je.


Sian manja ammi ni.  Lately ni dialah yang terpaling manja dalam rumah.  Kalau makan kita kena duduk sebelah dia.  Kalau tidak, nanti dia jamah sikit pastu dia jalan.  Tak ada selera ke ntah.  Dan beratnya pun macam dah ringan je.


Bawaklah juga si Aswad ni.  Kononnya nak bagi dia vaksin pertama sebab berat dia macam dah sekilo.  Aci tak haritu Kyra timbang dia atas penimbang buat kuih tu.  Ahaksss.  Umur dia dah 4 bulan.  Risau juga nanti sampai masa dia nak mengawan..tak pasal-pasal ammi dapat cucu lain pulak.

Ammi pinjam bag ni dari kakak ammi, sekali masa masukkan dia alamak...pecah pulak zipnya.  Ammi pun zip ala kadar je dan adalah satu part tu mcm melopong sikit.

Dijadikan cerita, on the way pergi tu, ehhhhh muntah pulak si Aswad dalam kereta.  Tak pasal-pasal kitorang bukak tingkap.  Ammi cakap dengan dia "Wad duduk kat tepi, jap lagi kita cuci bila sampai klinik".  Sekejap tu busuk semacam je...ehhhh dia yak-yaklah pulak.  Dah yak-yak dia sendiri tak tahan bau dia gi meronta-ronta dalam bag ni...habis dia pijak hasil pembuangan dia.

Stress dah mak kau ni.

Tapi dah nak sampai klinik, maka abah kata kita tunda je vaksin Aswad.  Bawak Popia je dulu.  So, kita tinggalkanlah si Aswad ni dalam kereta sekejap.

Balik je lepas jumpa Vet...dalam 20 minit je pun.


Berjaya dia loloskan diri dari bag dia.  Mesti dia jumpa bahagian yang tak boleh berzip tu.  Pastu baik punya kau posing macam tu kan dengan kaki yang kau dah pijak-pijak hasil buangan kau tu kan.  Kau memang sengaja ye Aswad.  Sengaja bagi ammi naik hangin.  

Sampai je rumah dalam pukul 11 tu ammi suruh abah gi basuh kereta...ammi uruskan bab mandikan kucing.  Dah alang-alang Aswad kena mandi, semua sekali ammi mandikan terus.  Siapa suruh masing-masing duduk kerumun depan pintu bilik air.  Terpaling busy body semua.