Malam Jumaat tu kak ipar message dalam WhatsApp group family.
Wahhh...ada pelakon iras anak ammi ke?
Dah alang-alang ammi memang nak mulakan misi melipat kain lepas Isyak...ammi pun charge handphone sesiap, caj sekali earphone. Risau karang tengah syok tengok wayang sibuk je pompuan kat telinga tu suruh "please charge", "please charge".
Siap mintak link lagi dari kakak ipar..ahaks.
Ammi suspect budak Baskara ni lah yang dikatakan serupa macam si Ozil ni sebab dia sorang je budak dalam cerita ni.
Handsome banget deh kamu.
Ini Ozilnya sewaktu masih cerah. Bak kata arwah atok "Kashmir Boy" sebab masa dia kecik warna kulit sejenis putih merah-merah.
Sekarang terus tukar jadi "Kerala Boy" dengan rambut tak semenggahnya. Dah elok-elok barber tu potong, dia pergi trim sendiri pulak dalam bilik. Lawa sangatlah pada dia rambut dia tu agaknya. Hmmm.
Yang kata sedih cerita ni....tang mana yang sedihnya selain dari masa mak kandung Baskara ni nak ambil dia bawa balik ke Jakarta tu? Ke ammi yang kurang fokus masa menonton sebab nak melayan si Aswad yang bergolek-golek dalam bakul kain?
"Aswad slurp slurp" dak Ozil panggil dia sebab sampai ke harini masih berbunyi-bunyi nafas dan hidung. Ammi lap hidung dia takde pulak basah ke apa..tapi berbunyi-bunyi macam orang selsema.
14 Comments
Amboi, pandai trim sendiri ye dalam bilik..
ReplyDeleteRamai kata sedih, kita belum sempat tonton lagi nak tahu betul ke sedih, hihi.
ReplyDeleteEh...macam tak jauh sangat panggang tu..ada iras lah
ReplyDeleteMana ad kerala sangat... Helok je tanned ozil tu ammi...
ReplyDeleteAda iras la Ammi 😁
ReplyDeleteHandsome apa, walaupun sendiri trim balik. 🤭
ReplyDeleteHehe ... Pandai Ek.
Comel je kucing...rindu nk bela kucing sendiri
ReplyDeleteComel je lahh si ozil tu ammi. Kashmir boy or kerala boy, dedua ensemmm.
ReplyDeleteKashmir boleh tukar jadi kerala erk
ReplyDeleteNanti dah besar tukar jadi hindustan pulak
Laaaa....bertuah betul dia pi trim sendiri ye....alaaa....kerala boy pun hensem jugak kan Ozil...
ReplyDeleteala budak mix gitu
ReplyDeleteAda iras dgn Ozil ye pelakon cilik tu.
ReplyDeleteHaah la, dulu putih betul si Ozil
ReplyDeletehensem nyaaa dia.. hehe
ReplyDelete