Ini kali pertama sepanjang Kyra dah besar dan pandai request apa dia nak makan for her birthday dia pilih Sushi sempena birthdaynya.  Selalunya untuk hampir 8 tahun kita memang akan makan stimbot je sebab memang itulah yang dia akan pilih.  Kita buatlah list macam-macam tetap dia dan stimbotnya berpisah tiada.

Tahun ni ehhhhh surprise sangat.  Dia tukar selera pulak. 2-3 kali juga abah tanya nak confirmkan.


Lepas solat Maghrib marilah kita ke sini.  Seremban Gateway.  Lebih kurang 15 minit dari rumah.  Sebelum datang ammi call dulu konon nak reserve table tapi no reservation...hanya walk-in je.  Hmm.


Kenalah tunggu diluar dulu sebab dalam full house.  Kyra bersama baju ammi dan tudung ammi yang macam dah rasmi jadi hak milik dia.


Birthday girl dan Kingnya.


Lebih kurang 30 mini menunggu, ammi dengan Kyra sempatlah pusing kat gateway ni sebab gayat tak pernah sampai floor lain-lain.  Dapatlah kami table tapi table ni sesuai untuk 4 orang sebenarnya.  Kami berenam.  Tapi memandangkan dah agak lewat...belasah jelah duduk sempit-sempit.  Nasib baik ammi "kurus" ahakss.


Ambillah ebiko sushi ni.

Selepas pukul 8 malam rupa-rupanya dah tak ada sushi yang diletakkan atas conveyor belt.  Semua perlu diorder.  Yang lalu kat belt tu pun jenis yang tak sedap sangat.


Dadek tak pernah makan sushi...jadi terkebil-kebil dia nak makan.  Ammi siap ugut lagi "kalau awak tak makan, malam ni jugak abah hantar awak balik rumah mamapapa".  Sebab dia taknak balik dia pun kunyah acah-acah sedap.  Risau gak ammi kalau dia termuntah ke apa.  Siap dia tanya "dekat sini tiada tomyam ke?"


Wakame Udon Seaweed Chicken set.  Ada ayam dalam set ni tapi lupa mana gambarnya hilang.  Ammi orderkan ini untuk dadek sebenarnya tapi dia nampak je seaweed tu terus terkulat lagi.  Adoiiii payah betul bila budak tak suka makan sayur ni.  Sudahnya ammi cakap, awak makan mee tu dan ayam.  Sayur tak payah.  "Tapi saya ada rasa sesuatu yang peliklah ammi".  Ahahahha...bahasa dia memang macam bahasa buku.  



Ammi punya Mapo Tofu Ramen.  Pedas dan sedap.


Khilfi sebagai orang yang nak diet kononnya...dia order Salmon Salad


Chicken Karaage Sesame Yu..


Chicken Gyoza


Ada few gambar yang lupa nak disnap.  Pendek kata Kyra makan sampai dia kata "i cannot load anything more".  Dah nak pitam.

Baru makan hari Khamis masa birthday dia...eh tetiba hari Sabtu dia nak makan lagi.  Ehhhh memang taklah abah ammi kamu nak layan makan sushi lagi.  Ammi nak kari.  Abah kalau boleh nak makan cili api goreng je.