Masa ammi berdating dengan Kyra di MyTown tu dia adalah bisik kat ammi dia nak Mary Jane.  Ammi macam, Mary Jane?  Crush si Spiderman?

"No ammi, Mary Jane is a kind of shoes," katanya.  

Hukaloh.  Zaman ammi dulu zaman boots Dr. Cardin.  Sekarang wujud pulak pattern kasut nama perempuan.  Ammi pun googlelah.  Macam-macam jenis kasut dalam keluarga Mary Jane ni.  Tapi yang dia berkenan tu macammmmmm....ehhhh apa buruk nau kasut ni.  Serius tak berkenan di mata seorang wanita berusia 44 tahun.


Hek sangat yang dia suka ni.  Selalu sangat tengok anime, anak ammi ni agaknya.


Semalam Negeri Sembilan cuti sempena Keputeraan Yamtuan Besar dan tau-tau je dia whatsapp ni.  Ammi orderkanlah juga kasut yang dia nak sangat tu kat Tiktok.  Order hari Sabtu malam...tau-tau Isnin dah sampai.  Gila laju.

Mula-mula dia pilih nak yg bekilat tu..tp bila ammi buat muka terus dia kata "matte pun ok".  Ahaksss.  Size 42 harga cuma RM23 ++.  Sebab harga dia ginilah amminya beli.  Cuba kalau harganya macam harga Dr. Cardin zaman dulu...memang bye-bye jelah.


Masa awak kecik pun ammi dah pakaikan awak kasut "mary jane" versi comel gini.


Memang kelabu asap je gambar-gambar lama dalam simpanan ammi ni.

Persoalannya sekarang, dia nak pakai kasut ni dengan baju apa? Jangan pakai yang macam-macam dan tak semenggah ye kakak.  Memang abah suruh duduk rumah je karang.