Pernah sekali skroll Tiktok nampak peserta X-Factor Indonesia Season 4 ni menyanyi.  Kebetulan dia nyanyi lagu Tiara tapi versi yang bukan meleleh macam selalu orang Indonesia cover.  Dia nyanyi versi keras dengan suaranya yang juga keras yang nyaman ditelingaku.

Bila dah mula tengok satu video sampai habis kat TikTok algorithm seterusnya banyak dari peserta ni jelah.  Nampak gayanya dia ni memang sejenis suka nyanyi lagu Malaysia.

Walaupun rupamu tiada tetapi suara kamu keren banget Kris Tomahu.

Ahad haritu tak pasal-pasal ammi buka youtube kat TV dan tengok lagu-lagu yang dia ni cover.  Memang sedap weii.  Sedaplah suara dia ditelinga ammi.  Ammi kan memang spesis suka dengar suara lelaki yang serak-serak basah gini.

Umurnya udah 43.  Persoalannya...kemana aja kamu selama ini Kris?


Masa ni dia nyanyi lagu Jangan Khianati Aku daripada Azlan & The Typewriter.  Walaupun keynya agak low berbanding nyanyian asal, tapi suaranya kerennnnnn.

Jadi mulai dari saat mendengar kamu nyanyikan lagu Tiara, aku udah ngefans banget sama suara kamu.  Semoga sukses Kris!