Pahit akan manis akhirnya

Hari Ahad tu ammi goreng sayur peria.  

Anak berdua dirumah ni memang tak makan peria.  Yang makan peria Khilfi je.  Khilfi ni semua benda dia makan kecuali tauhu putih yang lembik tu dan air soya.  Itu memang kelemahan dia.



Malam Sabtu tu, Kyra adalah sebut dia nak air favourite dia Choco Orea Smoothie dari Tealive.  

Jadi masa makan tengahari tu ammi terus dapat idea.  Tinggggg.  "Siapa rasa nak minum tealive, sila ambil 2 sudu peria ni dan makan.  Kalau taknak tak apa".

Hahaha..seperti orang yang terasa pedas bila tergigit cili, dengan menggigil-gigil tangan dia ambik sayur.  Yang best tu sesudu cuma ada 2 hiris je peria.  Abah terus tambah sesudu lagi.  

Kalaulah ammi dapat record muka Kyra makan sambil terkulat-kulat alangkah indahnya...hmmm.  Jahat sungguh perangai seketul emak ni kan.

Disebabkan dia dah berjaya makan semua peria yang ada dalam pinggan, makanya marilah kita belikan dia air kesukaan dia.


Planning sebenarnya nak gi briskwalk petang tu, konon nak tukar dari belikan Tealive beli Zus je sebab Zus ada dilaluan kami nak briskwalk.  Dah siap semua, time nak pakai kasut sekali ehhhh hujanlah pulak.  Tu yang terus ajak abah bawak kereta ke mall sebelah rumah ni je.

Dapatlah dia Choco Smoothie yang diidamkan.  Manis leting sungguh air ni.

Post a Comment

9 Comments

  1. memang manis leting. bila dah kurangkan gula dalam minuman terus terasa air kat tealive tu banyak yang manis2. tapi zus saya kasi thumbs up

    ReplyDelete
  2. sedapnya Peria...tp smpai skang x lepas lagi buang yang krup krup tu...hahaha...dah beli peria, tgal dulu smpai kuning2...hahaha..mana maunya nk jadi krup krup dah

    ReplyDelete
  3. leh la geng ngan anak2 aku... suka sgt tea live tu.manis semua pun but Zus..yess..i like!!
    aku pun x suka mam peria...emm, pahit but tau elok... but i just can't!

    ReplyDelete
  4. Bijaknya mama dapat pancing Kyra.

    ReplyDelete
  5. Hahaha! Bijak ammi nak ajar anak makan sayur peria ye. Peria ni bagus byk khasiat lagi2 utk org yg ada kencing manis. Dulu masa dalam pantang emak selalu buat peria tumis kering dgn telur makan dgn nasi panas2. Dia kata peria bagus utk tambahkan susu badan.

    ReplyDelete
  6. Balance dah tu. Pandai ammi🤭

    ReplyDelete
  7. Hehe..bijak ammi 😄👍

    Tapi kan....saya yang dah tua ni pun masih tak makan peria 🤭

    ReplyDelete
  8. kalau yang ni SA panggil Kambas...peria yang kecik2 tu..tapi sama jer pahitnya..amboii ammi..kejam betul..hahaha..mana buadak2 suka makan peria..SA memang x minum air manis2 leting ni..dah 40an ni semua kena jaga..contoh dah ada depan mata

    ReplyDelete