Haritu masa ammi letak juadah kari ayam dua hari ammi tu, ada yang request resipi.  Jadi marilah ammi kongsikan.

Ammi percaya ramai je yang tau cara masak kari, tapi kadang-kadang tak salah kita tukar cara masak ikut style orang lain pulak.  Cara mak awak lain, cara mak saya lain.  Selepas dicuba cara orang lain kalau rasa cara awak lebih sedap...teruskan dengan cara awak.  Begitulah sebaliknya.


Bahan-bahan:

  • Ayam (ikutlah banyak mana)
  • Rempah kari daging/ayam (ikut level pedas masing-masing)
  • Serbuk cili (ikut level pedas masing-masing)
  • 1 sudu kecil serbuk garam masala (optional)
  • 1 sudu kecil serbuk ketumbar (optional)
  • Bawang merah (hiris)
  • Bawang merah (blend/tumbuk)
  • Bawang putih (blend/tumbuk)
  • Halia (blend/tumbuk)
  • Daun kari
  • Daun ketumbar (kalau ada)
  • Tomato (potong kecik/cube)
  • Santan (ammi guna 1/2 kotak kecil je)
  • Ubi kentang
  • 4 sekawan (kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan cengkih)
Note:  Banyakkan bawang?  Haaaa disitulah sedapnya.
Ammi guna ayam dalam 3/4 ekor, jadi ammi letak rempah kari dalam 5-6 sudu sup (membukit) dan 1.5 sudu sup serbuk cili.

Cara-cara
  1. Panaskan minyak
  2. Tumis 4 sekawan, masukkan bawang hiris tadi dan masak hingga kekuningan.
  3. Masukkan bahan blend dan daun kari (wangi gila time ni).  Tumis hingga hilang bau bawang tu.
  4. Pastu masukkan tomato yang dah dipotong cube.  Masak hingga tomato lunyai dan biar tak nampak kewujudannya dalam periuk tu.
  5. Masukkan rempah kari, serbuk cili, serbuk garam masala dan serbuk ketumbar.
  6. Tambah air sikit-sikit dan masak hingga pecah minyak.  (Step ni penting)
  7. Masukkan ayam dan ubi kentang (kacau rata dan tutup periuk).  Biar ayam keluarkan airnya.
  8. Pastu tambahlah air dan biar menggelegak.
  9. Tambah santan, perasakan garam.
  10. Masukkan hirisan daun ketumbar (kalau ada).
  11. Siap.

Photo credit to Google.

Ni ha sudu sup orang cina.  
Bukan macam sudu sup orang putih atau orang korea tu tau.