Sehari di D'Kebun Najibah Chalet & Homestay

Memandangkan Khamis lepas adalah cuti bagi kebanyakan negeri, makanya kitorang plan untuk sambung je cuti Jumaat tu demi sesuatu yang dipanggil "Family Day".

Deposit bagi tempat ni dah dibayar laaaammmmmaaaaaa sebelum Covid menyerang.  Kononnya kitorang nak buat family day masa tahun 2020 kalau tak silap.  Lepas PKP after PKP pastu ke PKPB, PKPP...akhirnya 2024 kita usahakan juga untuk duduk disini.  Mujur tak burn je duit deposit tu.

Tapi tak ramai yang ada.  Ada anak-anak buah yg dulu sekolah, sekarang dah masuk U. Ada yang dulu bujang ehhh tau-tau dah ada anak.  Ada yang dulu masih di U sekarang dah kerja, tak boleh cuti.  Begitulah bila anak-anak dah besar.  Sekarang ni ammi masih boleh bersama dengan 3 orang anak ni setiap kali cuti...nanti-nanti entahlah macam mana.

Jumaat tu sekitar jam 12 lebih ammi dah sampai Melaka.  Abah drop ammi kat rumah adik ipar pastu abah pergi solat Jumaat dan jemput Khilfi dari asrama.  Kebetulan dia boleh pulang bermalam.  Rezeki dia.  Ammi pulak pergi dulu ke sini bersama adik dan kakak ipar.  


Besar kawasan ni.  Kolam mandi dia disana ada, disini ada, ditengah ada.  Menggelupur anak-anak tak tau nak mandi kat mana.  Dan kita guna kuasa veto...mandi di tempat kita berkumpul.  Senang nak monitor.


Antara kolam yang ada.


Luas chaletnya ada 2 katil bersaiz permaisuri.  Ini untuk kami Abah, Ammi, Khilfi dan Ozil.  Kyra kita dudukkan dia bersama anak-anak dara yang lain.  

Tapi bukan semua bilik ada size katil yang sama.  Ikutlah pada kapasiti masing-masing.  Ada juga yang jenis homestay, ada 1 atau 2 bilik dalam rumah tu.


Ruang depan katil tu, kalau nak buat solat jemaah pun muat.  Punyalah lebar.


Kita mula check in sekitar jam 3 petang.  Makanan kita untuk petang tu berkonsepkan potluck.  Abah masak ayam masak kicap.  Macam-macam juadah yang ada.   

Ammi tak ambil gambar sangat pun sebab bila dah tinggalkan bag dalam bilik dah tak kuasa dah nak pergi ambil phone lagi dah.  Walaupun bilik cuma sebelah je dengan tempat makan-makan.  Dasar pemalas.  


Ada dapur yang sangat luas.  Mujur juga kakak ipar yang paling hebat memasak (berbaju hijau dibelakang) dah bawa siap-siap cili kisar dari rumah.  Kalau tak jenuh weeiiii nak menumbuk sebab tak ada disediakan blender.  Ni kita tumbuk-tumbuk manja bawang ikan bilis je gitu untuk bumbu.

Freezer kat belakang tu boleh digunakan tapi dengan tambahan bayaran sebanyak RM10.00 sehari.  Memang kita sewa sebab ada bahan-bahan untuk BBQ, ada aiskrim bagaikan.


Abah lead acara bakar-bakar.  Dah separuh pandai-pandai koranglah bakar sendiri.  Hahhaha..


10 orang adik beradik abah yang hadir.  Yang no. 10 dan 11 tak dapat hadir tapi dorang hantar wakil je.  Yang sorang hantar anak daranya, yang sorang hantar suami dan anak-anak. 


Kami semua...tapi rasanya ada lagi yang tertinggal dalam kolam.


2 orang yang terpaling empuk dan gebu dalam family.  Along dan cucu sulung.  Tapi bukan cucu alonglah.  

Apa acara family day kalini?

Kita makan dan makan dan makan sampai menyandar kekenyangan.  

Orang yang patutnya buat game, terlupa plan game, terlupa bawa alat game.  Sudahnya kita makan, borak, gelak sampai buncit.

Tapi camni pun dah happy dah.  Dah hampir 20 tahun ammi bersama keluarga ini.  Alhamdulillah Allah bagi ammi ipar duai yang baik-baik.  Tak rasa canggung pun bila dengan dorang dari awal berkahwin lagi.  

Korang kalau nak family day pun ammi recommend sangat tempat ni.

D'kebun Najibah Chalet & Homestay
412, Jalan Telok Gong / Pengkalan Balak, 
Kampung Telok Gong, 
78200 Masjid Tanah, Melaka

Tapi chalet ni bukan berdepan dengan pantai.  Kalau nak ke pantai kena jalan sikit dan seberang jalanraya dulu.  

Post a Comment

15 Comments

  1. luas homestay nya....mcm leh check it out je utk next family dah kami walaupun x tau bila lagi.. he he he...

    ReplyDelete
  2. waaahhhhhh lamaaaa betul dah byr deposit.. mujur tak burn duit hehehe

    ReplyDelete
  3. mujur tk burn deposit tu ye...mmg lama btul tu....dpt berkumpul rmi2 camni mmg syok...paling utama kena ada kolam tu hehe

    ReplyDelete
  4. Bagusnya chalet dan homestay tu, sampai 3 kolam boleh terojun ye. :D

    ReplyDelete
  5. Okay sangat homestay ni luas dan selesa untuk family ramai. Fasilities pun serba lengkap. Alhamdulillah dapat juga berkumpul ramai ramai walaupun ada yang tertinggal.

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah dapat in laws yg baik juga rezeki.
    Kadang bila family gathering ni tak buat aktiviti pun takpe, nak bersembang tu yg lebih esp bila lama tak jumpa/berkumpul kan...

    ReplyDelete
  7. Luasnya homestay....syok nya beramai ramai....

    ReplyDelete
  8. bestnya dpt buat family day beramai2 gini..kenangan terindah!

    ReplyDelete
  9. Besar homestay dia erk...seronok gather ramai- ramai macam ni

    ReplyDelete
  10. wah menarik ni. boleh mama consider tempat ni nanti..

    ReplyDelete
  11. Uwaaaah lamaaaa DP tuh dah dibayar ya kak. 2020, dan baik sangat owner-nya tetap simpankan 😄👍.

    Family day nya seruuu, ramai juga yg datang walo tak komplit. Pasti meriah ❤️. Paling suka kalo ada waktu untuk bisa berkumpul dengan keluarga seperti ini 😍

    ReplyDelete
  12. agak besar juga homestay ni ya
    paling penting mesti ada kolam
    kompem lagi bertambah meriah family day macam ni...

    ReplyDelete