Sehari sebelum Krismas

Panjang sungguh hari ammi sehari sebelum Krismas tu.  Terasa penat macam ammi pulak nak beraya.

Awal pagi Ammi dimulakan dengan menggoreng lepas subuh.


Menggoreng yang senang-senang je sebab nak bawak anak-anak mandi laut di Port Dickson.  Ammi ni memang sentiasa fail bab menggoreng.  Mesti ada je yang nak hangit.  Kita buat mee segera goreng...sayur hijau tak ada, kobis pun kobislah.


Tak mandi lama pun di PD sebab air beting nau.  Sampai ke tengah tu orang masih berjalan lagi.  Lebih kurang jam 11 pagi masing-masing dah naik sebab abah ada nak jumpa kawannya dia Avillion.  Nak serahkan laptop untuk di'crack'kan password.  Boleh pulak tak boleh bukak sebab lupa password.  Baru plan nak bagi laptop tu kat Khilfi sebab untuk subject Asas Sains Komputer dia perlu selalu biasakan diri dengan coding.

Selesai di PD, kami balik rumah terus.  Mandi betul-betul then tunggu solat Zohor dan kami gerak pula ke Nilai.  Tujuannya nak hantar Aswad ke klinik sebab since dia demam haritu dia punya selsema tu makin banyak dan nafas berbunyi-bunyi.  Kepala dia pun teleng sebelah.  Memang dia tidur pun tak baring macam biasa.  Dia tidur sambil duduk pastu kepala dia condong teruk ke kanan.  Risau ammi.  Dahlah makan pun dia taknak.


Sambil menunggu Aswad yang perlu di "neb" kan.  Apa motif duduk ala-ala model gitu Kyra?


Hambik...6 terus ubatnya.  Neb campur ubat RM130.  Mahal lagi bil Aswad dari bill anak-anak ammi ke klinik.  

Nak bagi dia makan ubat pun perghhhh sekian punya cabaran untuk abah ammi.  Habis calar balar tangan abah.


Masa dekat klinik, datanglah mama & papa dadek.  Kebetulan dorang ada gi tengok rumah yang di Bukit Mahkota makanya dia datanglah jemput si bongsu ni sekali.  

Dorang pun tak makan lagi sebab sibuk mengemas rumah yang baru siap direnovate dan jomlah kita makan.  Akhirnya dapat juga kueh tiow celup.  Lama dah ammi cari.  Kat Seremban manjang tak ada je mee celup.  Padahal makan kedai Thai ni.  Hmmm.  Kang kita bukak kedai mee celup baru tau.

On the way balik dari Nilai, gatal pulak tangan ni message anak buah ammi.  "Wanna go for a walk?"... dan dia jawab "why not".  

Sampai rumah solat Asar, bagi dan jom kita walk.  Sekali jiran pun nak join jugak.  Marilah kita.


Satu-satunya jiran yang ammi boleh bergurau senda.  Mira.  Dia memang selalu datang rumah dari masa arwah mama ada.  Ammi panggil dia Kak Mira, dia panggil ammi Kak Shila.  Sapa yang kakak ni sebenarnya?

Jiran betul-betul sebelah ammi pasangan atok dan nenek.  Kita cakap mana yang perlu jelah.  Berbasa basi dengan orang tua gitu.  Yang lain-lain...hmmmm sedih.  Ammi taktau lah ammi yang tak reti berkawan atau camna.  Kita senyum kat dia, dia buat taktau.  Acaner tu?


Dapatlah 4.27km campur jalan gi kedai runcit beli cili kering sebab nak buat sambal ikan bilis malam nanti.

Nampak betapa padatnya hari Ahad ammi.

Post a Comment

27 Comments

  1. Hari yang produktif tu, Ammi.
    Dalam kuetiau celup tu, ada perut. Dapnya!
    Teruskan je senyum. Biasa la tu, orang tu ada masalah negara kot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tp perut tu ammi serahkan pada suami sbb ammi x makan dalaman lembu

      Delete
  2. ramainya org kat pantai...MZ dh lama tak gi bersantai kat pantai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ammi prefer air terjun tp anak2 suka laut

      Delete
  3. kesiannya Aswad..kenapa pula ye dia mcm tu,dah la halus je budaknya..
    ammi peminat mee celup juga ye?saya pun sama kalau ke kedai siam mesti cari mee celup bila dah jumpa tempat sedap situ je lah yang diulang2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah…dah 3 bulan berat tak sampai 1kg lagi

      Delete
  4. salam kenal kak.. siannye anak sakit.. semoga cepat pulih yer dik.. jaga kesihatan elok2.. makcik doakan adik kembali pulih sepenuhnya.. ameeennn.. (sedapnye nampak kuew tiow celup tu)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal kembali.

      Aswad ni anak bulu ammi yg plg bongsu hehe

      Delete
  5. ramainya orang ye sempena cuti nak krismas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye semua ambil kesempatan cuti panjang

      Delete
  6. Moga Aswad lekas sembuh.
    Moga Allah melimpah ruahkan lagi rezeki Ammi sbb menjaganya dgn baik.

    p/s :. Aswad kucing kn?. Takut ai tersilap baca.. 😅🤭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aaminnn

      Betul kak…aswad tu kucing ammi

      Delete
  7. Produktif sungguh Ammi.. bagus tu sebab macam-macam boleh buat dalam satu hari. Semoga anaknya cepat sembuh ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah, semoga cepat sembuh buat anak bulu ammi. Masih belum pulih ni walaupun ubat hampir habis

      Delete
  8. Susah nk cari yg umphhh kueytiow celup tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. So far ada satu kedai je yg ammi berkenan di rumah lama di KL. kat seremban belum jumpa lagi yg betul2 sedap

      Delete
  9. Ramainya orang mandi manda kat PD

    ReplyDelete
  10. Alamak gambar fes tu...lapo jadinya

    ReplyDelete
  11. Produktif tu tandanya bagus, lincah dan sihat.

    ReplyDelete
  12. bagus jalan2 walk2 4.2km tuuh., hehe

    ReplyDelete
  13. Haha masing-masing panggil kakak.Orang dengar mesti keliru. Entah-entah sebaya. Bagusnya ada jiran yang sudi ikut jalan.
    Hehe oklah jalan kaki juga pergi beli cili kering.

    ReplyDelete
  14. 4km lebih ok sangat tu Ammi 💪

    ReplyDelete
  15. So macam mana keadaan aswad sekarang?
    Dah okey ke?
    Harapnya baik2 sahaja… aminnn

    ReplyDelete
  16. So macam mana keadaan aswad sekarang?
    Dah okey ke?
    Harapnya baik2 sahaja… aminnn

    ReplyDelete
  17. Lama x briskwalk..ni dh rasa penat sangat kerja dan urusan rumah..terus rasa nak baring dan tido je minggu ni

    ReplyDelete