Semalam Yang Tidak Hangat

Petang semalam bukanlah Semalam Yang Hangat macam lagu Wings tu.

Waktu nak balik, sekitar jam 4 lebih tu hujan turun mencurah-curah.  Ammi cuba buat tempahan e-hailing (guna Grab dan AirAsia).  Yang Grab mahal bukan main.  RM16.30 untuk jarak yang hanya 4.8km dari office ke stesen MRT.  Yang AirAsia tiada driver langsung yang available.

Tapi sebab hujan ammi gigih jugalah tekan order di Grab tapi lama wei...tak ada driver juga.  Sudahnya, keluarkan payung dari dalam bag dan marilah kita berjalan kaki ke bus stop berhampiran untuk naik bus dari area berdekatan office ni ke MRT.  Tak jauh pun, berjalan dalam 7-8 minit je.

Tapi disebabkan hujan, basah seluar ammi belah bawah.  Kasut pun basah.  Sejuk gedik bila naik bus sebab aircond bus pulak kuat semacam.


Bila dah naik bus memang jadi panjanglah masa yang diperlukan.  Nak menghadap jam lagi.  Sampai berhampiran stesen MRT ammi minta diturunkan awal sebab ammi tengok traffic kat depan tu perghhhhh merah merata didepan.  Mau dekat 15-20 minit juga stuck tu nanti sementara nak sampai betul-betul depan stesen.  

Dah turun bus, kita yang bercermin mata ni biasalah.  Berkabus cermin.  Cabut cermin mata dan lap sambil berjalan dan hahahahahh kau masuk dalam lopak yang airnya boleh tahan bertakung.  

Kasut yang basah manja tadi terus basah sampai ke dalam.  Stokin semua habis.

Mujur juga surau di MRT Phileo Damansara ni tak ada aircond.  Kalau tak mau gigil masa solat Asar.

Naik bus ke Seremban, ammi buka je kasut sebab risau je kaki cramp kalau duduk lama-lama dalam kasut yang basah kuyup tu.

Begitulah kisah duka di petang yang dingin.

Post a Comment

14 Comments

  1. cabaran mencari rezeki...part gigil kaki sejuk tu sama mcm MZ kalau kebasahan time pegi amik razeen from his school

    ReplyDelete
  2. kita faham sbb kita pun pakai spek mata.. hahahah.. nak kena lap dulu baru leh jln :P

    ReplyDelete
  3. ehhh. ye la. smlm nak tempah grab dr Subang Bestari ke Shah Alam. biasanya RM20 - RM30. smlm RM73. kensel terus.

    ReplyDelete
  4. sudah jatuh ditimpa tangga ye ammi... semoga ammi sihat² saja hari ni lps berhujan semlm

    ReplyDelete
  5. Cabaran tu....moga semuanya berkesudahan dengan baik. Kalau balik mandi air hangat atau minum air hangat boleh la panaskan badan.

    ReplyDelete
  6. Cantik kasut. Basahpun tetap anggun.

    ReplyDelete
  7. sekali -sekala nikmati juga ujian kecil hidup ini...saya secara jujur layan time hujan berbanding hari panas...hujan itu cool saja

    ReplyDelete
  8. Bab cermin mata tu memang stress jugaklah kadang-kadang..keluar-keluar bas or kereta tetiba putih semua hahaha...dah terkial-kial nak bagi clear balik cermin mata tu...Dugaan naik transport awam kan Ammi...semoga yang baik-baik sahaja untuk kita semua..Aaaminn...

    ReplyDelete
  9. adoi la... faham sgt situasi tu

    ReplyDelete
  10. Haisssh tau sangaat rasanya tak nyaman dengan sepatu basah. Pergi naik bus ber aircond pula.

    Memang kalo dah hujan, susaaaah sangat dpt kendaraan macam grab, gocar atau taxi . Di sini pun begitu kak. Tapi masih ada yg gojek atau Grab motor kalo Indonesia. Cuma tarif nya kalo hujan, gilaaaa 🤣🤣🤣.

    ReplyDelete
  11. mm ni lah nasib pemakai cermin mata.. buta kejap bila cermin berkabus

    ReplyDelete
  12. Makkk aiii
    Mahalnya tambang…
    Ni grab guna kereta tesla kea pa ni
    Ish ishhhh

    ReplyDelete