Baru-baru ada dengar satu podcast tentang masalah penderaan terhadap suami.  Ada wujud isteri-isteri yang mendera suami dari segi mental dan ada juga dari segi fizikal. 

Dulukan ada seorang uncle India tukang kutip sampah dikawasan rumah ammi.  Uncle ni macam "bodoh-bodoh alang" gitu.  Ada sekali tu arwah mama kat belakang rumah tengah bersihkan bekas kucing pastu uncle tu panggil mama mintak segelas air sejuk.  Masa mama bagi dia air, mama tengok tangan dia luka besar macam melecur kena panas.  

Masa tu ammi memang tengah berpantang kat rumah, jadi mama panggillah ammi sekali.  Kang apa pulak orang kata mama dahlah ibu tunggal berdua-duaan dengan lelaki kat belakang rumah pulakkan.  

Mama pun tanyalah, "mana kena ini luka"?  Jawapnya, "saya bini minyak kasi taruk".  Wehhhhhhh seriuslah.  Ammi macam nak senang paham terus tanya dia dalam Bahasa Tamil.  Dia kata memang bini dia selalu marah, pukul dia.  Anak-anak tiri dia pun selalu pukul dia.  Ehhhh kesianlah.  Memang kita dengar cerita sebelah pihak, tapi rupa paras uncle tu memang nampak dia dipihak yang benar.  Dia takdelah nampak macam kaki mabuk ke apa.  

Sejak haritu, kalau waktu lori sampah nak lalu mama memang sediakan air sejuk sebotol dengan pack jelah apa-apa sarapan yang ada.  Tapi lepas dah tukar penggiliran, orang yang kutip sampah pun bertukar.  Apalah nasib uncle tu agaknya ntah.



Dan ammi pulak, ammi rasa ammi  bukanlah pendera.  Saya isteri yang mithalilah sangat.

Aktiviti  Fizikal
Ammi ok je suami ammi aktif dalam aktiviti fizikal.  Aterrrr...manjang ada game bola je kan dia tu.

Self Reward
Ammi tak larang pun suami ammi self reward diri dia dengan berkotak-kotak rokok.  Ammi cuma sindir-sindir manja je.  "Banyak ke ambik insurans?"... ha gitu.

Bersosial dengan rakan
Bukan je dengan rakan, lepas kami pindah ke Seremban.  Dia bersosial pulak dengan sepupu-sepupu ammi.  Ammi pun confuse ni sepupu ammi ke sepupu dia.  Ahaksss.

Teroka Hobi Yang Diminati
Heyyyy, Ammi tak kisah pun dengan hobi dia main Toy Blast dari pagi sampai ke pagi.  Dulu hobi dia main Candy Crush, sekarang macam dah beralih arah ke Toy Blast.  Main jelah janji awak jangan gedik nak try main PUBG, Mobile Legend tu semua.  Memang saya kerat je cable internet tu nanti.

See....saya baikkan?