Semalam berlangsung majlis penyampaian hadiah di sekolah Ozil.

Hari sebelumnya cikgu dah hantar message suruh pakaikan pakaian formal sebab Ozil terima hadiah.  Ammi balik kerja, ammi cakaplah kat dia pergi cari uniform ammi nak iron.  Tapi dia kata "ala bukan dapat hadiah pun,  Cikgu Farihan kata tak dapat apa-apa sebab tak datang hari Jumaat".  Sedih sungguh nada dan muka.  Cikgu pun....gitulah cikgu lelaki suka menyakat dan pandai je nak tackle hati murid.

Dah gitu ayat cikgu, abah ammi pun sambung jelah ayat cikgu.  "Dapat tak dapat pergi je sekolah, tengok kawan lain ambil hadiah pastu tepuk tangan cakap tahniah".  Hahhahah.  Lagi sedih member.


Seluar dah senteng, tapi baju masih cantik elok, biru je lagi.  Gitulah bila baju duduk bertapa je dalam almari selama setahun.


Hadiah sebab dapat TP6 untuk English and I was like...haaaa English?

Kat rumah sikit punya liat nak communicate dengan ammi dan kakak.  Bila suruh buat latihan grammar punyalah panjang muncung...manjang nak buat Maths je.  Pastu Math pun memilih.  Nak buat darab dengan bahagi je sebab dah hafal sifir.  Ehhhh suka suka je dia ni.

Anak-anak tahap 1 ni tak ada peperiksaan.  Ammi taktau macam mana cara cikgu buat penilaian.  Harap-harap betullah dia memang boleh menguasai subjek ni dengan baik.

Dan semalam, memandangkan dia dapat TP6, ammi cakap English sesaja dengan dia sambil-sambil puji konon budak TP6 mesti hebat cakap English.  Dannnnn bolehlah.  Dia faham dan bolehlah balas apa yang ammi cakap.  Siap kembang-kembang hidung yang tak tahan tu.

Katanya "Madam always ask me to teach my friends in class"....hmmmm.  Baiklah.