Turun dari kapal selam, kat luar tu ada 2 ekor kuda.
Offerlah anak-anak naik kuda dan bujang berdua je yang nak. Kyra tak pandang langsung. Tapi ada ke patut si kecik ni mula-mula taknak naik kuda tapi nak naik kereta kuda. Ehhhh naik kuda la best...kereta kuda nak buat apa.
Ammi pun lupa nak tengok berapa harga sekali naik. Dalam RM10 kot sorang.
Tak jauh pun...dari sini hinggalah ke hujung pokok sana pastu patah balik. Itu je. Jadilah daripada tak pernah naik kuda langsung.
Masa patah balik ni kuda Ozil taknak jalan. Dia berhenti. Ingatkan merajuk..risau gak.
Ahaaaa...dia nak yak-yak rupanya. Selesai dia lepaskan hajat dia pun jalan macam biasa. Aduhhh seriau ammi dari jauh.
Sempat tangan tu dok pegang-pegang tengkuk kuda. Siap cium lagi kepala kuda. Memang sejenis penyayang kat binantanglah si kecik ni. Katak duduk bawah kayu pun dia kesian.
Masa masuk masam...
Sudah keluar muka sudah tada masam...sudah manis macam gula.
Bolehlah dari tak da ye. Ada juga pengalaman.
10 Comments
aktiviti yg best!!
ReplyDeleteAdalah jugak kan. Melatih diri jadi berani. Saya pun takut nak naik kuda
ReplyDeleteBestnya berkuda. Ammi tak naik sama?! ;) apa kabar Ammi?! ;)
ReplyDeletepengalaman baru untuk anak2....
ReplyDeletepernah naik kuda yang dekat pantai tu je
ReplyDeletePengalaman seru untuk anak-anak. Muka yang masam jadi manis kembali.
ReplyDeleteAktiviti ni menarik tapi saya ni haiwan apa pun takut. Kalau nak naik kuda ni Dania je la tak pun ayah dia....
ReplyDeleteSaya takut naik kuda ini 😂. Kuatir kalo si kuda tiba2 lari dan menjatuhkan penunggangnya 😅.
ReplyDeleteTapi anak2 saya sukaa sangat. Memang kalo melihat kuda, pasti nak minta naik 😅
Berani naik kuda ya anaknya, kalo aku pernah naik kuda malah takut, takut kudanya lari kencang bagaimana itu.😂
ReplyDeletemurah sangat tu kalau rm10.. kat sini rm25 .. tu pun kalau x silap satu pusingan yang kalau kuda bw laju x sampai 5 minit :P
ReplyDelete