MRSM telahpun menawarkan tempat untuk pelajar-pelajar tingkatan 1.
Ammi ada join satu group SBP/MRSM di Facebook, dan dalam tu kadang-kadang ada je ibuayah berpendapatan rendah yang susah hati sama ada nak terima tawaran atau tidak sebab belanja terlalu besar dan dorang tak mampu. Tapi banyak je nasihat daripada ibu bapa yang lain yang minta agar ibuayah tersebut teruskan je mendaftarkan anak-anak sebab insyaallah akan ada "tangan-tangan ghaib" yang membantu nanti. Parents yang kurang berkemampuan juga boleh isi borang bantuan, borang projek khas dan sebagainya.
Semoga "tangan-tangan ghaib" itu sentiasa digandakan rezeki mereka, diberi kesejahteraan di dunia dan akhirat. Insyaallah.
Berapa besarkah belanja itu?
Ini berdasarkan pengalaman ammi masa Khilfi mula-mula mendaftar tingkatan 1 di SBP tahun lepas. Lain sekolah lain juga carta yurannya, tapi lebih kurang macam ni jelah juga agaknya.
Yuran PIBG (boleh dibayar secara ansuran 4 kali)
RM640.00 setahun
Yuran Makan Asrama (boleh dibayar secara ansuran 2 kali)
RM250.00 setahun (bagi ibu bapa berpendapatan RM4,999.00)
RM750.00 setahun (bagi ibu bapa berpendapatan RM5,000.00 ke atas)
Pelajar Projek Khas dikecualikan dari membayar Yuran Makan Asrama
Bayaran Koperasi (termasuk keahlian baru, saham, dobi, majalan sekolah)
RM173.00 setahun
Belian Wajib (lencana, baju corporat, cadar, tie, baju rumah, baju batik dll)
RM530.00 (bagi pelajar perempuan)
RM495.00 (bagi pelajar lelaki)
19 Comments
saya juga tengah menghitung hari lebih kurang 2minggu je lagi Pia dah nak jadi budak asrama....dalam hati tak tau la cakap macam mana,sayu hiba sebak happy semuanya ada
ReplyDeletebaru siap juga beli keperluan asrama Pia,ni pun dah habis 2k belum byr yuran lagi ni...barang2 skrg apa yang tak mahal
Haha yg anak sorang lagilah sbb kita sendiri pun kalau boleh nak semua ada dan lengkap
DeleteBerdebar tunggu result si abang 1 Mac ni... Tidaklah meletakkan harapan yang tinggi sebab tahu bukannya dia pandai sangat...
ReplyDeleteSamalah…ammi pun berdebar nak tunggu result utk Kyra pulak. Harap2 adalah rezeki dia pulak
DeletePernah ada kawan cerita dalam group whatsapp. Kawan kepada kawan ni tak mampu nak sediakan kelengkapan apatah lagi duit nak masuk asrama untuk anaknya jadi dia minta sumbangan dalam group whatsapp. Itu satu....lepas tu rupanya anak yang lain pun nak masuk asrama jugak. Dia gunakan taktik yang sama sampai kawan2 semua macam ha....actually kena la menyimpan juga sikit2 kan....macam amni bagus....kalau la ada yg nak hulur tu lain...ni setiap kali anak nak masuk asrama minta sumbangan....
ReplyDeleteTapi tengok jugalah brp pendapatan dia sebulan. Ada yang bukan kata tak mampu nak menyimpan, nak guna untuk keperluan bulanan pun mmg tak ckp. Bahagian masing-masingkan
Deletemahal ye yuran PIBG...rase dulu2 linda tak byk mcm tu..
ReplyDeletebetul, kalau dapat..pergi je mendaftar dulu..insya-Allah, pentadbir pun tak kejam
Aah…ada SBP yg kat putrajaya tu dalam 400++ je
DeleteMahalnya yuran PIBG, tapi yg lain² tu nmpk berpatutan.
ReplyDeleteKan, mujur juga boleh byr ansur2
Deletebetul tu.. kalau dah rezeki anak2 masuk SBP..in sya Allah, ada la rezeki utk memudahkan semua urusan nya nanti....
ReplyDeleteHarapnya begitulah dan harap juga dicukupkan apa yang ada
DeleteYe betul..insyaallah ada rezeki untuk anak- anak kita...
ReplyDeletemahal jugak tu kosnya...memang parents kena all out menabung etc
ReplyDeletePendapat pendapat peribadi Mrs. A ya mahal.
ReplyDeleteCumanya kalau mahu seribu daya yang tidak mahu akan mencipta alasan.
Lain-lain pendapat kalau anak tu dah memang cerdik sekolah di mana-mana pun dia tetap akan pandai gittewww....
good sharing kak. baca untuk pengetahuan am sahaja since anak pun belum ada lagi
ReplyDeleteAwal tu mahallah sbb nak beralih dari sek rendah ke menengah khususnya bab pakaian dan kelengkapan asrama. Tapi usahakanlah, Insha Allah dgn pendidikan dapat bawa kita & keluarga keluar dari kepompong kemiskinan. PH cakap dari pengalaman sendiri, arwah mak ayah bergolok gadai nak sekolah kan kami. Alhamdulillah manis akhirnya 🤲
ReplyDeletebanyak jugak yer.. ldy hrp sgt suatu hari nanti anak ldy dapat ke mrsm atau ke sbp... insyaAllah akan usaha untuk cari duit.. doakan ldy yer ..
ReplyDeleteOh jadi semuanya dibayar pertahun ya kak? Saya hitung2, sebenarnya kalo nak jujur, biaya sekolah di Malaysia tuh masih tak mahal. Indonesia tak banyak pakai asrama, biasanya yg asrama itu sekolah agama atau pesantren. Atau ada juga sekolah khusus. Biaya memang beda2, tapi sekolah yg bagus, semuanya di atas biaya2 itu.
ReplyDeleteSekolah yg tak asrama, lagi mahal 🤣. Perbulan pula bayarnya.. ada yg sebulannya Rp 6-10 juta . Kalo nak murah, sekolah govt, gratis. Tapi ofkors banyak kekurangannya.
Alasan utama kenapa dulu saya dan adik disekolahkan di penang, Krn memang di sana jauh lebih murah drpd jakarta. Padahal dulu saya di swasta.
Semoga lah semua ibu bapa dipermudah untuk membiayai anak2 sekolah yaa. Walau bagaimana penting education untuk pegangan mereka in future.