Masa di Johor haritu kitorang sambil-sambil nak menghabiskan masa kitorang berjalanlah di Ikea Tebrau. Saja je "briskwalk" diwaktu bercuti. Ahakss.
Orang ajak, kita follow jelah.
Yang paling excited bila sampai di bedding area adalah si kecik ni. Punyalah besar harapan dia nak ada bilik camni, bilik camtu, nak ada gaming computer, nak ada tempat main bola dalam bilik. Kau ingat rumah kau size istana?
Tak ramai orang pun hari Sabtu tu...ikut koranglah janji jangan dipecahkan barang kat situ. Memang ammi tak mengaku anak je nanti.
Lakonan sungguh.
Yang sorang ni bersungguh tulis benda yang dia nak. Siap ambil ukuran nak ukur kat bilik dia. Ammi tengok bilik dia sekarang ni macam dah cramp je. Apa lagi yang dia nak mintak ditambah entahlah.
Ayat dia "kalau abang dah tak ada selama-lamanya, Alip nak katil ni". Ehhhhhh lain maksudnya tu nak oooiii. Abang awak masuk asrama je. Silap-silap abang awak habis asrama skolah awak pulak capai baton masuk asrama.
Dalam kereta beriya dia pasang angan-angan nak katil yang dibawahnya ada tempat belajar dan gaming pc. Ammi kata, BOLEH dengan syarat dari hari Isnin (19.2.2024 sampai hari Jumaat 23.2.2024) Ammi tak nak tengok dalam bilik dia tuala tak bersusun cantik ditempat penyidai, sejadah kena gantung elok-elok, katil kena sentiasa kemas dan tegang, tak boleh ada sekeping kertas pun atas lantai bilik. Salah satu benda tu tak ditepati je terus tak dapat katil baru.
Dia setuju.
Dannnnn hhmmmmmm ammi balik kerja 19.2.2024 tu terus perjanjian terbatal. Stress je member.
Haaaa....nampak. Jadi mak ayah kena guna kepandaian dan kena pandai cari kelemahan anak dan buat korang nampak macam tak "berdosa" sangat tak tepati kemahuan anak.
Sebab apa buat syarat tu? Sebab dialah terpaling malas sekali nak sidai semula sejadah lepas solat, terpaling malas nak letak baju kotor dalam mesin, dia main campak je ikut suka. Semua tu dalam poket ammi, tu yang ammi berani kata boleh tu. Ahaksss.
7 Comments
syok dia landing kt katil ikea hehe
ReplyDeleteSuka juga ke Ikea ni kadang nak ambik idea....hehe...syoknya landing.....
ReplyDeleteKat katil tu takde tulis ke "dilarang menerai"
ReplyDeleteHahahahahah betuuul kak. Memang kita hrs pandai cari cara kan menghadapi segala request anak ini 🤣. Saya blm pernah ke IKEA di JKT. Dah ada 3 branches pun blm sempat juga. Masalahnya, terkadang takuut khilaf belanja di sana 🤣.memang banyak sangat godaan di IKEA itu 😄
ReplyDeletehahaha.. mak dia pun sama naik je malas sidai sejadah. sebab kejap lagi nak solat lagi...kahkahkahhh
ReplyDeletehahhah menarik betul siap buat agreement!!! my boys pun jenis tak pandai kemas bilik gak niiiii alahaiiii
ReplyDeleteHehe..sesekali fefeeling macam rumah sendiri. Kemain dia punya setuju, confident ye. Pandai Ammi psycho kan.
ReplyDelete