Lama dah ammi tak buat proper briskwalk. Steps harian pun sekadar steps pergi kerja balik kerja, berjalan dalam office. Itu je.
Mula-mula plan nak briskwalk malam hari Jumaat tu di KOMBES (Kompleks Belia dan Sukan), tapi lepas Isyak, budak-budak lelaki ni dah excited, ammi pulak yang kuyu mata. Ahhh...korang main game bola kat handphone jelah, ammi nak tidur. Esok pepagi kita pergi.
Plan nak briskwalk malam kat KOMBES sebab ammi tak suka walk kat KOMBES belah pagi or petang. Panas sungguh dan sesungguhnya berjalan pusing-pusing di track buat ammi cepat rasa bosan. Tapi disebabkan budak-budak nak main bola maka mengalahlah juga ammi ni ke KOMBES di siang hari.
Kalau "dari kiri bertiga-tiga cepat jalan", kita kena berkawad. Tapi disebabkan dengan bismillah kita berjalan, makanya santai-santai jelah.
Anak-anak dan abah main bola di tepi padang. Tengah padang ada pertandingan pagi tu.
Bolehlah dari tak ada. Panjang dah rambut si bujang ni, tapi kita tunggu dah nak buka sekolahlah baru kerat rambut tu. Spesis rambut tebal kejap je nampak dah serabut.
Memang terbakar masing-masing. Peluh menjejeh-jejeh macam korang tapau air yang ada ice.
Disebabkan abah nak tengok pertandingan bola tu...ammi pun join jelah zumba kat tepi ni. Eh tau-tau ada pulak yang snap gambar ni curi-curi. Malu kita.
Orang lain berzumba ada groovenya...sampai ke ammi, keras kejung je.
Cuti sekolah dadek duduk dengan ammi seminggu. Mamanya nak ambil awal tapi dia cakap "no mama, belum 7 hari lagi". Siap kira hari ke apa budak ni.
Dadek dan Ozil sebaya...masa kecik sama je besar dorang ni. Sekarang nampak dadek tinggi dan besar dari Ozil. Patutnya dulu due date dua anak ni selang berapa hari je. Tapi disebabkan ammi tak menyempat-nyempat nak suruh doctor keluarkan Ozil, makanya Ozil keluar dulu 14.7.2014 dan dadek keluar ikut date 8.8.2014.
Ada 2 orang lagi sepupu lelaki usia setahun tua dari mereka, tapi mereka rapat berdua. Sama macam
kakak dorang dulu. Dah besar nanti jangan malu-malu buat hal sendiri pulak bila jumpa.
Dan...marilah belanja diri sendiri dengan secawan kopi sebelum bawa anak-anak ni bersarapan. Balik kemas-kemas rumah, bersiap-siap dan marilah kita ke Bangi pulak ada wedding.
Dan alhmadulillah steps setakat pukul brapa ntah. Lepas dah buka jam tangan lantaklah steps tu nak jadi berapa. Tapi rasanya sampai ke malam...mau dekat 16k steps jugak.
Dah mandi sebelum maghrib tu baru terasa "kelembikan dan kepenatan".
Pssstttt...awak taknak hadiahkan saya mesin urut tapak kaki ke encik suami? Sakit tumit ni.
9 Comments
bestnya dpt exercise!!!
ReplyDeleteFuhh banyak bakar kalori tu Ammi. Hebat-hebat. Tahniah Ammi dan family. Budak budak seronoklah dapat main. Itu yang Dedek pun tak mahu balik lagi sebab ramai geng.
ReplyDeleteDapat keluar riadah macam ni memang best.
ReplyDeleteSeronok peluh menjejeh jejeh... Hahaha...
ReplyDeleteMcm linda dengan adik ipo lah.. Due date tarikh nya sama 2.8.2018
Tapi memasing keluar awal.. Adik ipo 25.7 2018, linda plak 29.7.2018
Kopi jugak pengubat penat... hehehe
ReplyDeleteMoga dpt la mesin urut kaki tu amin hihihiii
ReplyDeletewah..bagus nya..keep it up. aku pun baru mula balik this week..harap istiqomah la..aamiin
ReplyDeleteSaya pun kalo zumba ntah kenapa macam auto berubah jadi batang sapu kak 🤣. Kaku...
ReplyDeleteMakanya saya lebih suka workout beban, barbel, dumbell... Yg tak perlu gerak gemulai hahahah. Memang tak bisa 😅
Wahhh banyak juga tu
ReplyDeleteDapat bakar kalori…
Mudah-mudahan akan terus istiqamah
Insya allah…